Video Kes Pekerja Medan Selera Disimbah Minyak Panas Pada 9 Ogos 2014

Video Kes Pekerja Medan Selera Disimbah Minyak Panas Pada 9 Ogos 2014 - Assalamualaikum, malam ni saya nak update entri mengenai wanita yang bekerja di Medan Selera sebelah Sogo (mengikut maklumat) . Wanita tersebut dipercayai warga Indonesia. Lelaki yang menyimbah minyah tersebut dipercayai datang meminta makanan tetapi wanita tersebut tidak memenuhi permintaan suspek dan makanan tidak diberi tetapi ditambah lagi dengan kata-kata dari wanita tersebut " Badan sihat tapi meminta-minta..nape tak cari kerja"Lebih kurang begitulah apa yang diucapkan mangsa tersebut.

pekerja indonesia

Lalu, lelaki tersebut berang, pergi dan datang balik dengan membaling sesuatu ke dalam minyak kuali panas lalu terkena mangsa. mangsa terjatuh dan disimbah lagi saki-baki minyak yang ada.

Mengikut maklumat yang lain, lelaki tersebut dikatakan kurang siuman dan selalu menganggu pengunjung-pengunjung yang datang ke situ.


0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.