4 Akaun Penumpang MH370 Lesap Melebihi RM100K - Assalamualaikum, akaun empat orang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang 8 Mac lalu lesap wang berjumlah RM111,000 menurut laporan News Straits Times (NST).
Pengurus bank yang terbabit dan pihak bank mengesan perkara tersebut dan kini sedang membuat satu siasatan audit dalaman.
"Pihak bank telah membuat laporan mengenainya pada 2 Ogos lalu", kataKetua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisoner Izany Abd. Ghany.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.
227 penumpang dan 12 anak kapal yang dibawa Pesawat Boeing 777-2000 itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Beijing sebelum dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.