Tips Penting Apabila Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

Tips Penting Apabila Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya - Assalamualaikum, kemalangan kian hari semakin bertambah bilangannya. Bila kita pandu kenderaan di atas jalan raya, risiko untuk kita kemalangan pasti ada tak kira la bawak slow ka laju. Kali ini saya nak kongsi tips apabila berlaku kemalangan jalan raya agar apabila benda ni berlaku kat diri kita, kita tak berasa gelabah tak tahu nak buat apa. Jadi take your time untuk baca semua tips-tips di bawah.

Tips Penting Apabila Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya


1. Periksa keadaan diri sendiri dan penumpang

Selepas kemalangan, kebanyakan mangsa mesti sangat terkejutdan boleh jadi trauma serta memang sukar untuk berfikir secara rasional. Jadi kita kena tenangkan diri dulu dan pastikan diri kita atau penumpang lain tak alami sebarang kecederaan. Jika ada kecederaan yang serius cepat-cepat hubungi ambulans dan segera dapatkan rawatan. Pastikan korang dapat salinan laporan perubatan untuk kegunaan sewaktu untuk tuntutan nanti.

2. Periksa keadaan kenderaan dan sekeliling

Kalau korang ada kamera, ambil gambar semua kerosakan yang dialami, gambar kenderaan lain yang terlibat, gambar keadaan jalan dan sekeliling. Catat sedikit nota seperti waktu kemalangan, keadaan trafik, keadaan cuaca, keadaan jalan dan sebagainya, supaya boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kejadian tersebut. Dan kalau ada kenderaan masih boleh dipandu, pindahkan kenderaan ke tempat yang tidak mengganggu haluan trafik. Jikalau tidak boleh dipandu, tunggu hingga towtruck datang.

3. Dapatkan maklumat dari pemandu lain

Pastikan korang mendapat nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu, alamat terkini dan juga nombor telefon semua pemandu yang terlibat dan jika kenderaan komersial sila ambil butiran syarikat sekali.. Selain itu, kalau ada maklumat insurans lagi bagus.  Jangan bertindak melulu dan pastikan diri korang tenang pada setiap masa. Tindakan memarahi atau memaki hanya akan menyukarkan keadaan dan tidak membantu sesiapa. Jika kerosakan adalah kecil boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu melibatkan pihak polis atau insurans.

4. Hubungi pihak insurans kereta anda

Kalau kereta dalam keadaan yang teruk dan tidak boleh dipandu, hubungi pihak insurans untuk mendapatkan bantuan. Selalunya pihak insurans menyediakan khidmat bantuan kemalangan,contohnya AAM (ni bukan nak promote yer). Kadangkala ada pihak tertentu akan datang pada anda dan meminta anda menandatangani sebuah borang supaya mereka boleh menarik kereta anda ke bengkel terdekat. Yang ni korang kena ingat sangat2 iaitu JANGAN sesekali tandatangan apa-apa borang atau setuju untuk kereta anda ditarik. Tunggu bantuan daripada pihak insurans anda sahaja. Sebabnya ialah kemungkinan anda tidak dapat dilindungi oleh insurans kereta anda dan mungkin ditipu dari segi harga oleh towtruck. Pastikan anda mendapat nombor telefon towtruck dan juga nombor telefon bengkel berkenaan.

5. Buat laporan polis di balai polis terdekat

Selepas pihak insurans kereta telah menguruskan kereta anda, bolehlah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Membuat laporan polis adalah WAJIB jika hendak membuat sebarang tuntutan kelak. Semua pihak terlibat hendaklah membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari masa kemalangan. Kalau korang ada mengalami kecederaan yang serius dan tidak dapat membuat laporan dalam masa 24 jam, minta orang lain seperti saudara-mara atau rakan-rakan yang boleh membuat laporan bagi pihak korang.

6. Membuat tuntutan dari pihak insurans sendiri

Setelah selesai semua langkah di atas bolehlah buat tuntutan dari pihak insurans. Hubungi pihak insurans dan berikan salinan laporan polis. Selalunya pihak bengkel akan membantu membuat tuntutan kerana mereka telah biasa buat. Pastikan korang dapat semua salinan resit kos pembaikian dan dokumen lain yang berkenaan untuk rekod korang. Dari segi kecederaan pula, jika korang ada mempunyai insurans kesihatan/perubatan, bolehlah menghubungi ejen insurans korang untuk membantu dalam membuat tuntutan. Salinan laporan perubatan dan salinan laporan polis adalah amat penting dalam proses tuntutan jadi pastikan anda membuat salinan lebihan.

7. Membuat tuntutan dari pihak yang melanggar

Jika korang rasa bahawa sebab tunggal kemalangan tersebut terjadi adalah dari kecuaian pihak yang lain, korang boleh membuat tuntutan terhadap mereka(guna insurans diorang). Jika ada maklumat seperti dalam perenggan 3, bolehlah hubungi pihak insurans mereka atau jika mereka adalah syarikat bolehlah hubungi pihak syarikat. Hantarkan surat untuk menuntut pampasan. Kebiasaannya mereka akan menolak tuntutan tersebut dan korang terpaksa menggunakan khidmat peguam untuk membuat tuntutan pampasan tersebut.Korang boleh menuntut gantirugi terhadap kerosakan kepada kereta, kecederaan pada diri dan penumpang, dan juga sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi ketika kemalangan tersebut dan sebagainya. Korang boleh membuat tuntutan sedemikian walaupun korang dah dapat lindungan daripada pihak insurans sendiri. Membuat tuntutan pampasan menggunakan peguam melibatkan kos tetapi kebanyakan peguam akan mengenakan bayaran awal yang rendah dan menetapkan yuran akhir berdasarkan peratusan dari jumlah yang dituntut.

Kalau dah baca semua, harap korang faham dan ingat agar tak berasa susah bila kemalangan berlaku.

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.