Pakar Bom Gaza Terbunuh Ketika Cuba Mematikan Bom Seberat 500kg

Pakar Bom Gaza Terbunuh Ketika Cuba Mematikan Bom Seberat 500kg - Assalamualaikum, Rahed Taysir al-Hom, 43 tahun merupakan ketua kepada unit pemusnah bom di utara Gaza. Beliau bertanggungjawab terhadap apa sahaja bom atau objek yang tidak meletup di Gaza. Ketika serangan Israel pada tahun ini beliau menerima 70 panggilan telefon sehari dan berhadapan dengan 400 butir bom sehari. Dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang ini maka beliaulah hero dibelakang tabir di Gaza.

pakar bomb gaza meninggal dunia

Rahed Taysir al-Hom telah dikebumikan di dalam tanah berpasir di tanah perkuburan Jabaliya, di kawasan kejiranan Gaza yang bergelora tempat di mana beliau telah membesar pada jam 1 tengah hari dan pada hari ketiga gencatan senjata itu.

Upacara pengebumiannya merupakan yang tercepat, dengan dihadiri oleh lebih kurang seratus orang yang berkabung, dan disertai dengan khutbah singkat dari seorang ulama berserban putih, seorang bapa yang dilanda kesedihan dan beberapa tembakan dari Kalashnikov oleh seorang remaja kurus.

pakar bomb gaza meninggal dunia 1

Beliau tidak mempunyai pakaian perlindungan dan hanya peralatan asas sahaja yang digunakan seperti pemutar skru, playar dan pemotong kerana dia bekerja untuk menyelamatkan segala-galanya sama ada roket Hamas yang telah jatuh atau bom yang digugurkan oleh pesawat perang Israel. Beliau tetap melaksanakan tugas dengan berani dan cekal demi menyelamatkan rakyat Gaza. Tetapi sayangnya beliau terbunuh beberapa hari selepas ditemuramah oleh wartawan The Guardian.

Beliau terbunuh selepas cuba mematikan bom seberat 500 kg pada rabu lepas pada jam 10.30 pagi.

pakar bomb gaza meninggal dunia 2

Tiga daripada rakan-rakan sekerja dan dua orang wartawan terbunuh dengannya. Dia ssangat sedar akan risiko yang dia ambil, tetapi dia percaya dengan apa yang dia lakukan..

Semoga Allah mengurniakan syurga tertinggi kepada beliau!

pakar bomb gaza meninggal dunia 3

Sumber:The Guardian

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.