Perbezaan Maksud Muhrim dan Mahram - Assalamualaikum, acapkali kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas. Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.
Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.
# Saya harap dengan penjelasan ini masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram. Maaf jika ada salah silap tolong betulkan di ruangan komen di bawah.
nice remind :)