Kisah Latar Belakang Isteri Ketua Komander Briged Al-Qassam

Kisah Latar Belakang Isteri Ketua Komander Briged Al Qassam -  Assalamualaikum, di sini diceritakan kisah As-Syahidah Widad Asfurah Ad-Deif, isteri kepada Ketua Komander Briged Izuddin Al-Qassam, Muhammad Ad-Deif.

3 tahun setengah yang lepas, telah dikhabarkan kepada seorang gadis yang bernama Widad Asfurah bahawa Ketua Komander Briged Izuddin Al-Qassam, Muhammad Ad Deif ingin menikahinya. Walaupun dia yakin persetujuan untuk menikahi Muhammad Deif akan membuatkan dirinya menjadi buruan tentera Zionis, dia tidak kisah dengan pengakhiran hidupnya yang mulia itu.

Sejak detik itulah, bermula hidup Widad Asfurah dengan membawa gelaran suaminya, "Ad-Deif". Mereka telah dikurniakan seorang anak yang mereka inginkan.

Kisah Latar Belakang Isteri Ketua Komander Briged Al Qassam,  Kisah As-Syahidah Widad Asfurah Ad-Deif, Isteri Ketua Komander Briged Izuddin Al-Qassam, Muhammad Ad-Deif

Pada petang hari Selasa 19 Ogos yang lalu, bertemulah Widad dengan janji yang dinanti-nantikan olehnya ketika dia sedang berehat di rumah, Israel telah melancarkan serangan yang meragut nyawanya dengan ditemani anak kecilnya, Ali yang baru berumur 7 bulan.

Pada petang Rabu hari berikutnya, ribuan penduduk di wilayah Jabaliyah mengiringi mayat dua orang yang syahid itu, Widad dan Ali dalam keadaan yang marah selepas jenazah mereka disembahyangkan di Masjid Khulafa' Ar-Rasyidin. Jenazah mereka dibaluti dengan bendera hijau yang biasa dikibarkan oleh para pejuang sambil tembakan dilepaskan ke udara.

Kejadian sebenar yang berlaku pada petang Selasa itu adalah sebuah pesawat perang Israel telah meletupkan rumah keluarga Ad-Dalu yang menyebabkan kematian orang awam, antaranya termasuklah dua jenazah yang bertuah itu tadi.

Israel telah mengeluarkan kenyataan melalui medianya dengan mengaku bahawa serangan itu adalah cubaan untuk membunuh Ketua Komander Al-Qassam, Muhammad Ad-Deif, tetapi serangan mereka tidak mengenai sasaran yang sepatutnya.

Sebagai jawapan kepada cubaan membunuh Muhammad Deif ini, jurucakap rasmi Briged Al-Qassam telah menyampaikan ucapannya dan memberi amaran kepada penduduk Israel yang berada dalam lingkungan capaian roket Al-Qassam agar jangan kembali ke rumah mereka selagi tiada arahan daripada Muhammad Deif.

Widad Asfurah lahir pada 4 November 1986 di wilayah Jabaliya. Beliau sebelum ini merupakan isteri kepada Komander Briged Al-Qassam, Bilal Abu Qasi'ah yang telah terbunuh pada Mei 2006. Ketika itu beliau berumur 25 tahun.

Selepas itu, Muhammad Deif telah mengahwininya pada tahun 2011 di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat. Widad jarang kelihatan di tempat awam kerana kawalan keselamatan daripada ancaman yang berada di sekelilingnya. 

Muhammad Deif telah menjadi orang nombor satu yang paling dikehendaki oleh Israel sejak dua dekad (20 tahun) yang lalu, tetapi mereka tidak pernah berjaya untuk membunuhnya. Dia dituduh oleh Israel sebagai dalang kepada operasi-operasi terawal Briged Al-Qassam pada awal penubuhannya.

Sejak perkahwinan mereka, Widad dan Muhammad Deif telah dikurniakan dua orang anak perempuan selain dari Ali yang telah syahid bersama-sama Widad.

Muhammad Deif telah dilahirkan pada tahun 1965 di Khan Younis. Beliau telah memulakan aktiviti ketenteraanya sejak bermula Intifadhah yang pertama dengan menyertai HAMAS pada tahun 1989. Beliau merupakan orang yang paling menonjol dalam medan ketika itu. Beliau telah tertangkap oleh tentera Israel dan dipenjarakan tanpa bicara selama setahun setengah.

Selepas itu, Muhammad Deif telah dibuang negeri dari Tebing Barat ke Semenanjung Gaza bersama dengan beberapa pimpinan Al-Qassam yang lain. Ketika itulah beliau mengasaskan Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan bagi gerakan Islam HAMAS.

Israel telah mendakwa Muhammad Deif sebagai ketua operasi bagi peperangan menghadapi serangan darat dan udara Israel pada yang bermula sejak 7 Julai yang lepas.

SUMBER

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.