iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger

iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger - Assalamualaikum para pembaca blog dePalmaSP, Blogger Denaihati telah membuat satu pertandingan kepada sesiapa sahaja yang ada blog dan pertandingan ini membawakan hadiah Utama yang lumayan iaiatu berupa 3 biji iPhone 5S(sorang satu noh). Siapa yang nakkan jugak iPhone 5S ni kena la buat jugak entri macam saya buat dengan menggunakan tajuk di atas. Ramai dah yang join buat entri sebegini. Menurut Denaihati , dah lebih dari 20 blog. Hmm, ramai tu yang join tapi itulah yang best sebab baru la nak dapat iPhone 5S yang canggih tu susah sikit. Blogger Pakar SEO terkenal Abang Hasrul Hassan pun dah join apalagi blogger terkenal yang lain. Dok cangak apa lagi, pi buat cepat sebab tarik tutup dia 24 Ogos 2014 jam 11.59 pm. Dah dekat sangat dah tu. Kalau lambat memang melepas la jawabnya..

iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger

Apa Sebab Iphone Jadi Impian Setiap Blogger?

Saya hairan betul la..kan banyak lagi phone lain yang canggih dan terkenal dari Samsung, Sony dan macam-macam brand lagi , tapi kan kenapa Denaihati tetap pilih iPhone 5S sebagai hadiah utama pertandingan ni? Haaa...yang tu la kita nak bincangkan dekat sini..kita cerita kasi panjang-panjang sebab nak bagi cukup kriteria yang Abang Denaihati nak.

iphone 5s

iphone 5s
Dua kaler ni yang saya minat sebab putih terlalu nampak 'biasa'

        Pertama-tamanya, kita selalu dengar yang iPhone ni dia tak lag dan smooth saja bila guna walaupun bukak banyak aplikasi. Jadi, blogger memang nak la kan phone macam ni sebab boleh buat multitasking (nak tulis blog, ambil  gambar yang cantik nak letak dlm blog) Lepas tu,dah publish entri takkan nak biar macam tu saja..Mesti nak promote jugak. Sekarang ni, kalau phone tak canggih, dengan aplikasi laman sosial dah banyak sekarang ni macam Facebook, Twitter, Pinterest, Instagram, Youtube, Linked In, Google Plus dan banyak lagi termasuklah yang terbarunya Ummaland (tapi yang ni takdak lagi rasanya dia punya aplikasi).  Selain itu, bila ada masa lapang dan bukan waktu berblog mesti la nak main game sikit. Dan selalu dengan dari kawan-kawan yang iPhone ada banyak game @ permainan yang menarik. Yang tu bukan orang lain saja yang minat, saya pun antara yang berminat sangat. Ni baru cerita sikit part multitasking. iPhone ni multitasking dia memang power sebab dia guna M7 motion coprocessor terbaru dari Apple dan disokong oleh cip A7 binaan 64-bit. Bateri dikatakan lebih jimat dari sebelum ni dengan adanya processor baru ni(yang saya tau iphone sebelum ni pun dah jimat bateri, macam mana la dengan iPhone5S yang terbaru ni pulak..hehe).

       Kemudian, nak cerita pasal dia punya kamera pulak. Semua orang pakai phone salah satu sebabnya nak kamera lah. Dengan trend zaman sekarang di mana ramai yang suka ber'selfie' . Kamera iPhone ni ambil gambar biasa atau selfie memang sangat cantik. Bukan nak memuji sekadar puji, tapi ni memang betul-betul luahan hati sebab berdasarkan tengok iPhone 5S kawan punya. Mengikut sepesifiskasi dari Apple, iPhone 5S dikatakan kamera dia hanya 8 megapixels (MP) dengan 1.5 Ultrapixel , lensa dilindungi dengan penutup lensa krsital batu nilam, digandingkan dengan flash kamera dengan Tona Sebenar, dan juga menyokong fokus automatik. Lain-lain fungsi kamera belakangnya lebih kurang sama dengan kemera pada phone lain. Kamera depannya pulak hanya 1.2 megapixel tetapi sebab dia menyokong HD , gambar menjadi lebih besar dan lawa.

          Okay, kita sambung ke bahagian video kameranya pulak yang dikatakan menyokong rakaman sehingga 1080p . Ianya boleh dikatakan amat penting bagi seorang blogger yang sangat berminat untuk merakam event yang kita pergi dalam kualiti yang hebat. Dua fungsi yang saya minta apabila ambil gambar video (berdasarkan yang saya cuba pada phone rakan) fungsi tangkap gambar ketika rakaman sedang berjalan dan juga slow motion. Fungsi tangkap gambar ketika rakaman sedang berjalan memang sangat memudahkan kita untuk mengambil gambar yang sangat singkat apabila kejadian tersebut berlaku, contohnya bila berlaku kemalangan di jalan raya, kita hanya perlu setkan ia ke mod video, mula rakam video dan bila tiba ke part kemalangan tu, kita boleh ambil video dan jugak ambil gambar-gambar yang kita mahu. Dan satu lagi fungsi iaitu slow motion , kita dapat ambil video yang bergerak laju tapi kita nak bagi nampak jugak apa yang berlaku, contohnya yang pernah buat ambil lighter pastu sembur ridsect, hasilnya memang menarik, dapat lihat api yang tersembur macam naga sembur.

           Fungsi yang menarik untuk diceritakan di sini ialah iPhone 5s menyokong rangkaian 4G atau nama lainnya LTE (Long Term Evolution). Kelajuan yang boleh dicapai adalah sehingga 100mbps tetapi semua kelajuan ni mengikut kawasan juga. Kelajuan internet yang laju juga diperlukan oleh blogger untuk mengupload gambar-gambat terkini dan jugak video yang besar-besar dalam masa yang singkat di samping dapat menjimatkan masa. Gambar di bawah menunjukkan ujian kelajuan untuk telco Maxis dan Celcom pada rangkaian LTE. Laju kan?

maxis4g, maxis ltecelcom4g, celcom lte
          Akhir sekali, antara sebab yang iPhone 5S perlu ada pada setiap Blogger adalah fungsi GPS nya. GPS (Global Positioning System) merupakan fungsi penting bila berada di atas jalan raya disebabkan faktor jalan itu sendiri. Sekarang, kita lihat banyak jalan dua hala telah diubah menjadi sehala. Jadi, perjalanan yang dekat akhirnya menjadi jauh jika kita terlajak simpang. Oleh itu, seorang blogger memerlukan GPS untuk ketepatan dan kecepatannya sampai ke sesuatu event. Jika tidak, kita mungkin akan selalu tersesat terutamanya jalan-jalan di Kuala Lumpur, Johot Bharu dan mungkin juga di Ipoh. 

            Sebagai pengakhiran kata, saya berasa sangat gembira sebab dapat jugak join Denaihati punya kontes ni. Saya join ni jugak sebab saya teringin sangat nak memiliki iPhone 5S ni sebenarnya. Jadi, part menulis ni adalah satu usaha saya untuk memenangi kontes ini. Seterusnya, saya hanya akan bertawakal kepada Allah dan berdoa mudah-mudahan dapat memenangi iPhone 5S pujaan ramai. Saya akhiri entri ini dengan ucapan sekian terima kasih kepada penganjur iaitu Denaihati dan juga sponsor-sponsor yang sudi menaja hadiah yang cukup lumayan ini:

Penaja Utama

Penaja Individu
1. http://ejamothman.com/
2. http://www.eridy.com/
3. http://www.hilalazmi.com/
4. http://www.eizil.com/
5. http://www.alansarhealth.com/
6. http://www.syuhada1981.com/
7. http://www.diarymama.com/
8. http://www.pendekarberkuda.org
9. http://www.saji.my
10. http://www.abangensem.com
11. http://www.enveeus.com
12. http://www.pakarniaga.com/
13. http://www.anarm.net
14. http://www.daddydee.net
15. http://www.sunshinekelly.com
16. http://www.sweetkurma.com
17. http://www.awn.my
18. http://www.mawarmerah2008.com
19. http://www.blogieta.com/
20. http://www.broframestone.com
21. http://www.akmaomar.com
22. http://www.khairilmazri.com
23. http://wowberita.org/
24. Japan Budget Trip

LINK UNTUK JOIN CONTEST iPHONE 5S - SINI

{ 47 comments.. read them below or add one }

Wan Zawawi Wan Zawawi August 18, 2014
Selamat berjaya di dalam contest yang hebat ini ;-)
hyhhh hyhhh August 18, 2014
terima kasih ..moga sama-sama kita dapat enjoy dalam kontes ni..
Denaihati Denaihati August 18, 2014
billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya
Hero Borneo Hero Borneo August 19, 2014
ha..ha..semoga berjaya dalam kontest...ini
hyhhh hyhhh August 19, 2014
terima kasih..harap awak pon berjaya..
hpmurah2u hpmurah2u August 19, 2014
semoga berjaya dapat gajet impian iphone 5s tu
BistariCorner BistariCorner August 19, 2014
nice artikel. good luck!!!
hyhhh hyhhh August 19, 2014
ya..harap sama-sama boleh berjaya dalam konstes ni..
hyhhh hyhhh August 19, 2014
terima kasih..sama-sama kita langkah ke tugasan seterusnya..
hyhhh hyhhh August 19, 2014
terima kasih..moga-moga kita semua boleh enjoy dalam konstes ni..
hyhhh hyhhh August 19, 2014
terima kasih..semoga berjaya jugak..
ohcikgu ohcikgu August 19, 2014
Ramainya join nih. Emmmm..
hyhhh hyhhh August 19, 2014
cepat cikgu join..ramai nak berebut iPhone 5s tu..
BinMuhammad BinMuhammad August 20, 2014
Semoga berjaya ya!... Ingat nak join jugalah... hehe
hyhhh hyhhh August 20, 2014
terima kasih..join jangan tak join..Bin Muhammad lagi power dan berpengalaman..
nikkhazami nikkhazami August 20, 2014
saya turut join.. good luck ye.. :)

http://nikkhazami.blogspot.com/2014/08/iphone-5s-gajet-impian-setiap-blogger.html
Ismail N Ismail N August 20, 2014
Banyak gak kelebihannya. Tidak lah kawe tahu sangat. Main pakai jer :D
Apa-apa pun good luck dan ceria selalu
Teruskan Hidup Teruskan Hidup August 20, 2014
terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Saya doakan semoga berjaya dalam contest ini juga
hyhhh hyhhh August 20, 2014
awak pun saya ucapkan tahniah sebab join..
hyhhh hyhhh August 20, 2014
pergh..dah guna iPhone 5S..tahniah..terima kasih
hyhhh hyhhh August 20, 2014
sama-sama..saya pun ucapkan terima kasih sebab datang ke blog sya dan mendoakan saya untuk kejayaan..saya pun ingin doakan agar awak pun berjaya..
onlajer onlajer August 21, 2014
Kawan pun tak banyak sangat tahu kelebihan nya, yang tahu pakai iphone 5s ni rasa macam best jer
hyhhh hyhhh August 21, 2014
kena tahu kelebihan dia..kalau tak, rugi rm2k
Siti Aisya Ibrahim Siti Aisya Ibrahim August 23, 2014
Gudluck! Salam perkenalan dari Germany... jemput join giveaway saye kalau ade kelapangan ye... :D

HARRY POTTER GIVEAWAY BY JINDRISSKA
YatieOwner YatieOwner August 23, 2014
Good luck awak ;)
http://mrsyatie.blogspot.com/2014/08/iphone-5s-gajet-impian-setiap-blogger.html
hyhhh hyhhh August 23, 2014
terima kasih kak norfanil.. saya pun ucap gudluck kat akak..hehe..
hyhhh hyhhh August 23, 2014
terima kasih yatie..
Scha Nazri Scha Nazri August 24, 2014
Good luck. moga ada rezeki. Amin :)
hyhhh hyhhh August 24, 2014
terima kasih bro ishak..
hyhhh hyhhh August 24, 2014
terima kasih banyak scha.. :D
HAMIDIsP HAMIDIsP August 24, 2014
Moga-moga berjaya dalam cabaran kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger..:)


hyhhh hyhhh August 24, 2014
terima kasih bro Sentiasa Panas..kalau bro pon masuk kontes ni saya pon doakan agar bro pon menang..
Unknown Unknown August 25, 2014
Salam perkenalan... semoga impian menjadi kenyataan. Inilah peluang nak dapat iPhone tanpa megeluarkan modal tetapi kena berusaha lebih daripada biasa. Satu pesan untuk diri sendiri dan rakan-rakan sekelian. Semoga Berjaya dengan iPhone5S gadget impian setiap blogger. Sudi-sudilah berkunjung ke blog saya ya...

Sekian, terima kasih...
hyhhh hyhhh August 26, 2014
terima kasih cik syaza..
hyhhh hyhhh August 26, 2014
salam perkenalan juga cik aniza..semoga hajat cik untuk menang iphone 5s ni pun tercapai juga..sama-sama..
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad August 27, 2014
Salam perkenalan. Moga berjaya ^__^
Pssd... Ummaland dah ada dlm playstore android dik :D
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad August 27, 2014
link di atas silap. maaf. Singgah sini ya. Moga berjaya ^__^
hyhhh hyhhh August 28, 2014
owh..dah ada rupanya..terima kasih..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.