PESAWAT MAS MH17 TERHEMPAS DI UKRAINE AKIBAT DITEMBAK

Astaghfirullahala'zim..
berikutan kejadian yang menyayat hati yang melibatkan pesawat MAS yang membawa penumpang..apakah nasib diorang?..sebelum ni MH370..sekarang ni MH17..banyak betul dugaan yang Malaysia perlu tempuh..

Ni video orang sana ambik:


Petikan dari laman web Sinar Harian:

MOSCOW - RUSIA. [DIKEMASKINI] Media barat melaporkan sebuah pesawat penumpang Malaysia yang dinaiki 295 orang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
        Memetik laporan Reuters, perkara itu mula dilaporkan agensi berita Interfax yang memetik sumber industri penerbangan.
Laporan itu berkata, pesawat Boeing berkenaan berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.
        Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan Interfax itu lagi.
        Sementara itu, syarikat penerbangan MAS dalam satu kenyataan ringkasnya mengesahkan pihaknya telah terputus hubungan dengan MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam.
       "Kedudukannya yang terakhir dilaporkan berada di ruang udara Ukraine.
        "Maklumat lanjut akan menyusul," kenyataan itu dipetik.
PESAWAT MAS MH17 TERHEMPAS DI UKRAINE AKIBAT DITEMBAK

1 comment... add one now

malaysiabaru malaysiabaru July 18, 2014
KAMI MEMOHON YAB DATO SERI NAJIB MELETAK JAWATAN

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.