DOA QUNUT NAZILAH SEBAGAI SENJATA UMAT ISLAM

doa qunut, doa qunut nazilah, senjata umat islam, doa senjata mukmin, qunut nazilah, cana nak buat qunut nazilah, ayat doa qunut nazilah
Doa Qunut Nazilah

Asslamualaikum,
         
      Israel kini sudah sangat melampau mereka dalam penyerangan mereka terhadap Pelestin. Jadi, kita yang berada di Malaysia yang mana tak dapat membantu mereka dari segi zahir, marilah ramai-ramai kita bantu mereka dengan cara batin iaitu doa. Salah satu caranya ialah dengan membaca doa qunut nazilah.

Apa itu DOA QUNUT NAZILAH?

Doa Qunut bermakna membaca doa untuk bencana supaya Allah melindungi kita dari sebarang bahaya.

Cara membaca DOA QUNUT NAZILAH


Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor , Asar , Maghrib , Isya ' dan Subuh . Ia boleh dibaca di akhir rak'at selepas bangun dari Ruku ' untuk I'tidal .

Doa dibacakan ketika dalam keadaan I'tidal . Ada tiga cara untuk membaca doa. Imam boleh memilih mana-mana cara yang berikut:
  • Membaca doa qunut seperti biasa dibacakan ketika solat Subuh .
  • Membaca doa qunut Nazilah sahaja.
  • Membaca doa qunut Subuh diikuti dengan doa qunut Nazilah .
Peringatan :
  • Jika Imam tidak menghafal doa qunut Nazilah seperti yang dilampirkan, membaca doa qunut seperti biasa dibacakan di solat Subuh. Kemudian, doa qunut Nazilah boleh dibaca selepas solat.
  • Imam hendaklah memberitahu ma'mum bahawa doa qunut Nazilah akan dibaca di dalam solat agar mereka boleh mengaminkan doa tersebut.

1 comment... add one now

Denaihati Denaihati July 13, 2014
Saya ingat banyak masjid dah mula buat doa qunut nazilah dalam witir selepas sembahyang terawih.

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.