Kerugian dalam hidup ....Rasuah!
hyhhhHari ni sembang-sembang dengan kawan terceritalah pasal seseorang yang kerja sebagai kerani ja tapi setiap tahun ada saja renovation rumah yang dibuatnya. Bukan calang-calang renovation yang dibuat, pakai kontraktor pun kelas lah kata orang. Mak bersuara juga, mungkin dia dah kumpul duit lama dah jadi, bolehlah nak buat renovation macam mana pun...tapi lain yang ditekan kan oleh kawan mak yang sorang ni.
Balik rumah mak masih dok teringatkan cakap2 kawan mak....aaa dah dapat idea nak tulis harini. Mai mak bacakan satu buku untuk tatapan dan jadi pengajaran kepada kita semua.
Diriwayatkan oleh Imam At-Tabrani di dalam kitab Al-Mu'jam Al-Kabir, yang bersumberkan dari Mu'az
bin Jabal, ia berkata; Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ambillah pemberian selama itu berbentuk sebuah pemberian. Sedangkan jika telah menjadi bentuk suap, maka dalam agama, janganlah kamu mengambilnya. Tidaklah keengganan kamu meninggalkannya lalu mencegah kamu dari kemiskinan dan keperluan hidup. Ingat lingkaran Islam selalu berputar, maka berputarlah bersama Al-Quran ke mana pun ia mengarah. Ingat, Al-Quran dengan penguasa akan berbeza arah. Maka dari itu janganlah kamu memisahkan diri daripada Al-Quran. Ingat, kelak akan berkuasa atas kamu pemimpin-pemimpin yang akan memutuskan untuk diri mereka sesuatu yang tidak diputuskan untuk kamu. Jika kamu membangkang kepada mereka, maka sudah tentu mereka akan membunuh kamu. Akan tetapi, apabila kamu mematuhinya, maka mereka pasti menyesatkan kamu. Para sahabat bertanya: ' Apa yang harus kami lakukan pada waktu seperti itu, wahai Rasulullah? baginda menjawab: ' lakukanlah seperti yang dilakukan oleh para pengikut Isa bin Maryam, di mana mereka menyebar dengan membawa gergaji, lalu memikul kayu. Kerana, mati dalam ketaatan kepada Allah jauh lebih baik daripada hidup dalam keadaan bermaksiat kepadaNya'."
- Hadis Riwayat Tabrani
Demikianlah realiti yang berlaku, persis seperti apa yang telah diberitakan oleh Rasulullah s.a.w.
Pada masa sekarang, kita telah berani menerima suap dan sudah terbiasa melakukannya lantaran takut kepada kemiskinan serta tidak terpenuhinya keperluan hidup. Ternyata kita lebih mengutamakan tempat yang fana daripada tempat yang abadi. Untuk itu rugilah kita di rumah yang pertama dan terakhir (kehidupan di dunia ni la..)..
Orang yang kaya / pemimpin yang tidak ikhlas pulun nak kaya lagi, jadi rajinlah dia suap sana, suap sini .....rugilah dia.
Orang yg berpendapatan rendah pula, kerana kedudukannya yang strategik, mintalah pula dia disuap... jadi senang-lenanglah dia...oh ! mungkin cerita kawan mak tadi, kerani tu memang lahir-lahir saja dah kaya, cuma jawatan saja rendah atau dari kecil dia dah beringat untuk kumpul duit...atau mungkin juga dia ada part time income yang lumayan...ya..ini yang mungkin kawan mak tak tau....
sumber: 99 peristiwa ajaib yang merubah dunia.
2 comments.. read them below or add one
Marina
January 20, 2012
tu la..jangan nak mengata orang kalau tak usul periksa kan?biarla dia dengan dosa dia (kalau dia terima rasuahla) macam marina pon wat part time job gak...hehe..
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
New Entry : Hidup Hanya Untuk Peperiksaan?