Umar : Di kampung saya ada seorang lelaki yang terlalu baik berbanding orang lain.
Rasulullah s.a.w : Apakah kebaikan yang kamu maksudkan itu?
Umar : Dia rajin beribadat, tidak mengira siang ataupun malam.
Rasulullah s.a.w : Jika siang dan malam beribadat, bilakah masanya dia makan?
Umar : Dia hanya makan sebentar. Selepas itu dia menyambung ibadatnya. Begitulah keadaannya
sehari-hari.
Untuk seketika waktu Rasulullah s.a.w terdiam kehairanan, lalu bertanya,
Rasulullah s.a.w : Adakah dia berpakaian seperti orang lain?
Umar : (dengan kehairanan...) Sudah tentu dia berpakaian. Tidak mungkin dia beribadat dalam
keadaan tidak sempurna?
Rasulullah s.a.w : Jika begitu siapa yang memberinya pakaian dan makanan? Sudah tentu dia tidak
mempunyai masamenukar pakaian dan menyediakan makanan kerana terlalu asyik
beribadat.
Umar :Dia mengharapkan orang kampung memberikan makanan dan pakaian kepadanya.
Rasulullah s.a.w : (sambil mengangguk faham dan tersenyum) Jika begitu, lelaki itu tidaklah baik.
Orang kampung lebih baik berbanding lelaki itu kerana mereka memberikan pakaian dan
makanan sedangkan lelaki itu tidak memberi apa-apa kepada orang kampung.
Umar : Jika begitu, apakah yang perlu kita lakukan bagi membantu dia?
Rasulullah s.a.w : Minta dia bertaubat. Saya juga beribadat seperti dia. Namun, ada masanya kita
perlu mencari rezeki untuk diri sendiri dan tidak menyusahkan orang lain. Apabila tiba
masa untuk beribadat, beribadatlah dengan bersungguh-sungguh. Allah tidak meminta
manusia beribadat sepanjang masa sehingga melupakan perkara-perkara lain.
Umar pun segera menemui lelaki itu dan menasihatinya. Lelaki itu pun bertaubat dan keluar mencari rezeki di samping terus beribadat. Dalam nasihat Umar, dia menyedarkan bahawa Allah s.w.t lebih suka hamba yang berusaha dengan titik peluhnya sendiri di samping beribadat kepadaNya.
Apa pendapat anak-anak? Orang dulu berlumba-lumba untuk mendapat kedudukan yang terbaik di sisi Allah dengan beribadat bersungguh-sungguh seperti lelaki ini sampai lupa untuk bekerja. Sekarang pula ramai yang bekerja bersungguh-sungguh sampai lupa nak beribadat...semoga kita cepat-cepat diberi kesedaran dan hidayah untuk bekerja dan beribadat...Amiiiin :)
sumber : Koleksi Kisah Teladan