Gemuk ??.....

Tiba-tiba malasnya nak mulakan sesuatu kerja, malas nak bangun jika sedang bersantai, pakai baju macam sempit, mulut dan perut asyik nak diisi saja. 
Tadi makan coklat buah tangan masa bercuti di Langkawi, kemarin makan nasi lemak pukul 10.30 malam, sebelumnya habiskan kek coklat moist harijadi kak su.....aii dah banyak lemak kat dalam badan ni...Badan dah gemuk ka?... cek BMI !




BMI atau  Indeks Jisim Tubuh  ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan kita secara kasar. Cara pengiraan :


            Indeks Jisim Tubuh                             (BMI)                                                
  


      Berat badan (kilogram)
=      __________________________
 (Tinggi (meter) x Tinggi (meter)

Maksud bacaan BMI :
18.5  - 25 -  menunjukkan berat badan yang optimum; 
< 18.5      -  mencadangkan orang itu mengurangkan berat badan  
< 17.5      -  mempunyai anoreksia nervosa atau penyakit yang berkaitan   
> 25         -  berlebihan berat badan; 
> 30         -  gemuk 
> 40         -  obes melampau

Setiap yang masih hidup, umur memang makin bertambah , tapi saiz badan tak boleh dibiarkan memasuki kategori gemuk. Bukan takut orang kata gemuk atau bimbang bf menjauh ke apa tapi yang lebih penting .... kesihatan , kerana ia menghasilkan komplikasi seperti:
  • Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
  • Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
  • Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
  • Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
  • Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul

Seorang doktor , apabila pesakit gemuk melangkah masuk ke biliknya , persepsi awalnya ialah

     ' pesakit ni kalau tak  masalah jantung, mungkin kencing manis ni!'

bukannya dia terfikir pesakit tu demam ke, cirit-birit ke apa ke ,kerana dah lumrah dah sekarang, gemuk mesti ada kaitan dgn jantung dan kencing manis. 

Sepatutnya jangan tunggu  gemuk baru nak buat sesuatu, 'mencegah lebih baik daripada merawat.'  Tapi kerana dah ikut hati atau nafsu maka kenalah merawat masalah berlebihan berat badan ni. 

Jadi mesti ada strateg. Yang utama mesti praktikkan cara hidup yang sihat . Ubah gaya hidup sekarang kepada yang lebih baik;

    • Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
    • Makan secara sederhana.
    • Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di tempat kerja dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
    • Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.

Sekarang rawatan berlebihan berat badan sangat banyak, ada London..., ada Slimming.., macam-macam produk makan, barut, gel dan sebagainya, apa kata kita buat sendiri dgn cara yang murah untuk disiplinkan diri....bukan nak menunjuk pada orang bentuk badan yang cantik, macam dalam iklan yang banyak sekarang ni, bila dah kurus semua pakai pakaian yang sendat.  


Daripada info sihat, mulakan rawatan seawal yang mungkin melalui:
Pemakanan  - setiap hari   mesti ada 5 hidangan mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran.
    Fikirkan hidangan yang mengandungi bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).
        = 30% kalori daripada lemak.
        penjagaan pemakanan penting sebab ia menjadi punca berat badan meningkat. Jadi untuk
        mengurangkan berat badan :
  •         kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
  •         kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik hidangan kukus atau bakar.
  •         kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee).
  •         kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.
  •         kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
Kalau kita melanggan mana-mana produk, ini jugalah yang dinasihatkan kepada kita....

Keduanya bersenam yang akan membolehkan pembakaran kalori dalam badan kita.
Bersenam tu yang macamana?
Aktiviti yang berulang-ulang yang berlarutan paling singkat 15 minit, itulah bersenam. Jadi kita boleh berjoging, boleh berjoging dalam rumah ja kalau malu kat luar. Berbasikal, senamrobik, main badminton, berenang dan sebagainyalah..        
Mak pernah bertanya dengan seorang doktor jika kita buat kerja mengemas rumah, berkebun sampai berpeluh-peluh, nak kena senaman lagi ke? Ya, katanya sebab mengemas dan berkebun bukan perbuatan yang berulang-ulang.  Ia tak dikira senaman.
Janganlah pula terlalu ghairah nak bersenam,  nak cepat turun berat badan sehingga mengah, sakit urat , nak bongkok tak boleh, dah tak dapat nak buat kerja apa pulak.
Mulakan aktiviti ringan secara perlahan selama seminggu , kemudian barulah setiap hari cuba tingkatkan bilangan  aktiviti atau lama masa secara sederhana supaya badan kita yang biasa dimanjakan ini tidak terkejut, diikuti dengan sabar untuk melihat hasilnya. Jika kita tidak sabar, bimbang hari pertama itulah kali terakhir kita bersenam dan impian untuk kurus dan menjaga kesihatan menjadi igauan dan kenangan semata....
Selamat mencub, semoga berjaya!

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.