Telefon bimbit juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar. Kanak-kanak berumur dua tahun juga sudah pandai menggunakannya. Semua pengguna telefon bimbit menggunakannya untuk berhubung antara satu sama lain, antara ahli keluarga, rakan bisnes, kekasih dan sebagainya. Di samping itu kebanyakannya menggunakannya untuk bermain 'game', samada semasa menunggu seseorang, semasa lapang, atau secara curi2....
Telefon bimbit kini menjadi satu gajet penting, sentiasa dalam genggam, dalam poket, dalam beg tangan, gantung di leher maupun di pinggang. Kadang-kadang ia berbunyi di dalam pejabat, di dalam kelas, di dalam tandas dan kadang2 di waktu solat Jumaat juga!
Kalau terlintas nak bertanya apa2 hal boleh terus ditanya, tak perlu tangguh2 lagi menjadikan sesuatu masalah cepat diselesaikan, menjadikan kehidupan semakin lancar. Tapi hakikatnya taklah pula macam tu kerana bila banyak perkara dapat diselesaikan dengan cepat menjadikan banyak pula masa lapang, maka kita pun dah tak tahu nak buat apa, maka telefon bimbit mengambil tempat sebagai teman. Semua orang suka dan minat dgn telefon bimbit, banyak boleh diterokai dan bukan sebagai teman masa sunyi saja tapi dah jadi teman di semua masa sebab dia dah jadi pembantu yang cekap, jika sanggup labur wang lebih....
Kini timbul pulak alat yang secanggih dengannya iaitu tablet. Telefon bimbit, tablet, desktop, laptop telah berjaya merubah corak hidup kita hampir sepenuhnya. Sambil bermain, mereka berkomunikasi sehingga disuruh berhenti!
Inilah timbul masalahnya, bagi budak-budak belasan tahun, bila leka dengannya, mak panggil tak dengar, mak tanya tak perasan, lama-lama mak malas nak tegur,maka teruslah sianak hanyut dengan dunia mereka.... bila balik kampung, nenek panggil pun tak perasan juga....itulah jadinya cuti hujung tahun yang dulunya meriah, kini sunyi terutama di kawasan2 taman perumahan. Hubungan kekeluargaan tak serapat dulu. Bila berjumpa masa kenduri-kendara tak seriuh dulu bertegur sapa, masing2 nampak dipenjuru atau memencilkan diri sambil melayani telefon bimbit atau tab! Dah jadi anti-sosial pulak...
Gambar hiasan- sumber google |
Kalau berkunjung ke rumah saudara-mara, sekurang2nya seorang ahli dari mana2 keluarga yang mengunjung atau yang dikunjung akan leka dgn telefon bimbit atau tab. Nampak sangat akan kurang sopannya tingkahlaku ini. Kadang2 di kalangan orang dewasa pun sambil bersembang sambil melayani telefon bimbitnya dengan tidak berkalih matapun. Bersikap acuh tak acuh, dan telefonnya lebih penting. Kita juga boleh jumpa suasana ini dalam majlis2 ceramah, mesyuarat, konvokesyen dan sebagainya yang melibatkan semua peringkat umur serta pekerjaan walaupun tak semua orang.
Yang paling merisaukan walaupun mereka sentiasa bersama alat yang canggih, yang menunjukkan taraf hidup makin baik, zaman makin maju, tapi pencapaian akademik tidak seiring... dan yang mengejutkan pulak mereka yang tidak melayan alat2 elektronik ni sepanjang masa, merekalah yang lebih berjaya...dan jangan nanti kita terkejut beruk kalau satu hari nanti tidak mustahil jika kita terjumpa sesuatu yang tidak bermoral mungkin disimpan secara rapi tanpa dapat dikesan dengan mudah, yang kita selalu bersangka mereka hanya main 'game' atau ber'facebook' saja.....
Sebelum terlambat, cuba kita sedari kita dan keluarga berada di kelompok mana?
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.