Budak Kena Petir Pengsan 12 Jam


LIJAH mencium cucunya Khairul yang terselamat daripada menjadi mangsa panah petir di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun pengsan 12 jam selepas terpelanting masuk ke dalam baldi dalam kejadian panah petir di Kampung Kolam, Tok Uban di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang kelmarin, Mohd. Khairul Mohd. Rosdi yang cedera ringan di belakang dan telinga kirinya hanya tersedar daripada pengsan pada pukul 3 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Lati Pasir Mas.
Kakak mangsa, Nur Zainawati, 11, adiknya, Suzilawani, 7, dan nenek mangsa Lijah Samad, 63, turut cedera ringan di beberapa bahagian badan selepas tercampak ke atas tanah semasa hujan lebat.
Cerita Lijah, sebelum kejadian dia bersama tiga cucunya itu berehat di serambi pondok sebelum dikejutkan dengan bunyi petir yang menyambar tiang pondok tidak jauh dari tempat mereka duduk.

Nasihat - Kalau hujan bersama petir tu cepat-cepat la bawa diri ke tempat yang selamat seperti rumah, kawasan berbumbung. Jangan gi cari pokok pulak. Lebih bahaya sebab cas dari kilat sentiasa cari benda yang paling tinggi untuk alirkan elektrik ke Bumi.

2 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown April 20, 2012
nasib baik tak ada yang terkorban
jebengotai jebengotai April 21, 2012
x kira sesiapa pun mmg bahaya dok bwh pokok time petir..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.