Murid maut disambar petir ketika berlatih di padang

IPOH: Seorang murid terbunuh, manakala empat lagi termasuk seorang guru cedera selepas dipanah petir ketika sedang berlatih sukan di padang Sekolah Kebangsaan Mazuin di Kuala Kangsar, semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira 5.30 petang itu, mangsa Muhammad Syafiq Mohd Tajul Ariffin, 11, dan tiga rakannya dan seorang guru baru selesai menjalani latihan memanah.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata murid Tahun Lima itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya berusia 10 hingga 12 tahun dan guru mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan manakala mangsa yang cedera dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata, ketika kejadian hujan renyai renyai dan mangsa bersama rakan-rakannya masih lagi berada di padang selepas selesai menjalani latihan.


Mayat Muhammad Syafiq dihantar ke hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. -- BERNAMA

sumber:myMetro


p/s Sekarang cuaca tak menentu...Cg2 baiklah suruh pelajar tinggalkan padang bila nampak macam nak hujan...kerana kalau kena hujan pun sukar juga nak sembuh musim sekarang ni.

2 comments.. read them below or add one

aliza aliza February 01, 2012
seram bila dengar,.. susah nak jaga anak orang ni, walaupun dah suruh berhenti, mereka lambat2 nak berenti sebab main dan sukan ni memang yang mereka paling suka,.. banyak2 subjek subjek PJ lah yg mereka tunggu2,.. mungkin cikgu dha suruh berenti tp mereka yg liat...

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.