Assalamualaikum, mak doakan semua pengunjung berada dalam keadaan sihat walafiat di samping berbanyak2 bersalawat dalam kehangatan menyambut maulidur-rasul s.a.w.
Banyak jugalah mak dapat info tentang Rasulullah s.a.w dari TV, radio dan program di masjid serta tempat kerja sempena Maulidur Rasul s.a.w supaya kita lebih mengenali kekasih Allah ni.
Tarikh 12 Rabiul Awal adalah tarikh kelahiran sekaligus tarikh kewafatan Nabi Muhammad s.a.w yang juga pada hari yang sama iaitu hari isnin. Apa yang mewajarkan kita menyambut maulidur rasul ialah untuk menambahkan rasa kasih sayang kita kepada seorang insan yang mewariskan kepada kita jalan sebenar yang patut kita lalui melalui kitab suci Al-Quran dan Hadis.
Dikatakan semasa kelahiran Nabi s.a.w iblis yang berterbangan menuju ke langit, terbakar, asal terbang ke langit, terbakar. Jadi bertanyalah mereka (iblis) kepada ketua iblis, si azazil akan sebb mereka terbakar. Akhirnya mereka mendapat khabar bahawa Rasulullah s.a.w telah dilahirkan.
Ini menunjukkan akan kemuliaan Nabi s.a.w tak patut lah kita nak pandang ringan saja.
Semasa zaman Rasulullah s.a.w mengembangkan dakwahnya, para sahabat sentiasa berada di sisinya. Dan mereka sangat beriman, patuh dan mengamalkan segala ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w dan tak bantah. tapi kata Rasulullah s.a.w kita umat di akhir zaman ini lebih hebat kerana kita tak pernah pun bersemuka dgnnya hatta menatap gambarnya, jauh lah berpeluang belajar dgnnya namun kita masih juga dapat beriman dgnnya. Bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan kita ni umat Nabi Muhammad s.a.w !
Sebenarnya tak cukup dengan menyambut maulidur rasul saja tapi kita kena selalu ingat akan nabi kita ini, sekurang-kurangnya dengan berbanyak2 salawat kepadanya. Sekali kita bersalawat, 10 kali Allah gandakan dan kita bukan buat sambil2 saja tapi degn fokus dan bersungguh2 dgn kecintaan, maka pada waktu di Padang Mahsyar nanti mungkin kita termasuk di kalangan yang dijemput untuk mendapat syafaatnya, masyaAllah!
Untuk menunjukkan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w selain daripada bersalawat ialah melakukan sunnahnya iaitu bangun awal pagi dan melafazkan doa
Bertadarus Al-Quran, berjalan ke masjid untuk menunaikan solat serta menunaikan solat berjamaah. Rasulullah juga sentiasa menjaga wudhu'nya serta bersedekah dgn hartanya walaupun dia telah dijamin untuk masuk syurga, namun dia masih suka bersedekah dan sentiasa berzikir menjadi amalan sehariannya.
Bolehkah kita mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w ni? Jawapannya boleh, jika kita mahu melakukannya.
Wassalam.
Maulidur Rasul s.a.w
hyhhh0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.