Potong Kepala Isteri Kemudian Bersiar-siar Dengan Kepala Tersebut Di Jalan






Seorang lelaki berasal dari Guwahati, Assam di India, telah membunuh isterinya dan berjalan keluar ke jalan utama dengan kepala isterinya yang terputus dan parang yang berlumuran darah sebelum ditangkap.


Ranjit Das, bapa kepada dua anak lelaki berusia sembilan dan enam tahun, menjalankan perniagaan kedai runcit kecil dan juga bekerja sebagai seorang pemandu autorickshaw sambilan

Dia dituduh membunuh oleh Ketua Hakim di mahkamah majistret pada hari Jumaat lalu dan dikenakan tahanan reman.

Isteri yang dikahwininya sejak 10 tahun, Amiya Daimary Das bekerja sebagai jururawat di Kesihatan Luar Bandar India. Beliau telah bertugas di Barpeta, kira-kira 170km dari Guwahati dan pulang ke rumah pada minggu lepas.

Ranjit kemudian mengesyaki Amiya mempunyai hubungan sulit dan mendakwa dia mempunyai bukti.

Beliau kemudian mengkelar leher isterinya pada hari Khamis lalu dengan parang, dan membawa kepalanya yang berlumuran darah dan berjalan melalui jalan utama bersamanya. Beliau kemudiannya ditahan oleh polis peronda.

"Saya mempunyai bukti yang cukup tentang perhubungan sulit itu. Beliau telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki lalu menyebabkan saya hilang pertimbangan dan membunuhnya," kata Ranjit.

Beliau mendakwa hendak pergi ke balai polis untuk menyerah diri ketika polis menangkapnya.

SUMBER

{ 9 comments.. read them below or add one }

C`ayob.com C`ayob.com October 08, 2011
waaa teroklah sampai begitu sekali...isssss
suria lekatlekit suria lekatlekit October 08, 2011
bila manusia berotak hilang akal..
Unknown Unknown October 08, 2011
ishh.. x terkomen..uueeww..
AnonymousAnonymous October 09, 2011
sanggp wt bini sndri cmtu...kejm nyr...bkn nyr cra mcm tu nk selesaikn mslh..bnyk cra laen lgi
taoslayerz taoslayerz October 09, 2011
giler la.. tp lelaki tu mmg cool , da kerat siap bwk jalan2 dgn selamber nyer!
AnonymousAnonymous October 09, 2011
bende yg plik2 ni bnyk terjdi kt india or china korg pasan x??
miss jambu miss jambu October 12, 2011
ngerinya..hm..


Hendak belajar Nombor dalam Bahasa Bisaya,terjah entri ini
NOMBOR DALAM BAHASA BISAYA

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.