Dahsyat!! Bergurau Sampai Patah Hidung
hyhhhKUANTAN - Gurauan seorang jurujual wanita dengan menyembunyikan dompet sepupunya membawa padah apabila dia dibelasah oleh pemuda itu sehingga patah hidung di Taman Raub Jaya, Raub kelmarin.
Dalam kejadian pukul 12 tengah hari, suspek lelaki itu dipercayai telah menyepak, menumbuk dan menghentak kepala mangsa ke dinding selepas dia memulangkan dompet tersebut kepadanya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, sebelum kejadian suspek yang berusia 22 tahun itu pada sebelah pagi hari itu pergi ke tempat kerja mangsa yang bekerja di sebuah kedai perabot.
"Mangsa menyembunyikan dompet mangsa untuk tujuan bergurau bagaimanapun pada waktu tengah harinya, mangsa ke rumah sepupunya untuk memulangkan semula dompet berkenaan.
"Selepas memulangkan dompet itu, mangsa dihalang keluar dari rumah sebelum suspek membelasahnya dengan menumbuk, menyepak serta menghentak kepala mangsa ke dinding," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.
Menurut beliau, mangsa yang cedera teruk kemudian pergi mendapatkan rawatan di Hospital Raub sebelum membuat laporan polis.
"Hasil pemeriksaan x-ray, hidung mangsa disahkan patah. Kejadian itu lebih kepada salah faham antara kedua-dua pihak.
"Dipercayai pemuda itu terlalu marah kerana mahu menggunakan MyKad miliknya yang diletakkan dalam dompetnya itu untuk menjalani latihan lesen memandu kenderaan pada hari tersebut," katanya.
Tambah beliau, suspek kemudian ditahan polis di lokap IPD Raub sejurus laporan dibuat bagi membantu siasatan.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah.
Sumber-Kosmo
3 comments.. read them below or add one
Asyikin
October 30, 2011
nak gurau pun sekarang kena pandang kiri kanan dulu
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →