Bekas atlet cuba rogol teman wanita dalam tandas


KUALA TERENGGANU - Seorang bekas atlet olahraga dan bola baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Terengganu mengakui, akibat terpengaruh dengan filem lucah yang ditonton sebelum ini, mendorong dirinya cuba merogol teman wanitanya yang baru berumur 15 tahun di dalam tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, 25 September lalu.


Pengakuan itu diluahkan tertuduh, Mohd Norazlan Razak, 20, dari Kampung Baru Serada, Kuala Terengganu semasa disoal hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin sebelum hukuman dijatuhkan terhadapnya selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan itu di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Selepas mendengar dan mempertimbangkan rayuan tertuduh, Zainal Abidin membenarkan tertuduh yang sebelum ini pernah mewakili Terengganu dalam MSSM dari 2005 hingga 2008 itu, dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran sebanyak RM2,000 oleh seorang penjamin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 25 September lalu jam antara 4 pagi hingga 5 pagi bertempat di dalam sebuah tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, tertuduh telah cuba merogol mangsa, 15, tanpa kerelaannya.

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang boleh di penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan disebat, serta bagi Seksyen 511 Kanun Keseksaan pula, tempoh penjara yang dikenakan tidak lebih daripada setengah daripada tempoh yang lama sekali ada diperuntukkan bagi kesalahan itu jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam bela Sofian Ariffin.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu tukang masak cuba merogol mangsa yang dikenali sejak dua tahun itu di dalam tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut dengan menindih mangsa selepas membuka seluar dan baju yang dipakainya.

Bagaimanapun, perbuatannya terbantut selepas menerima panggilan telefon daripada kakak mangsa yang menghubunginya untuk meminta bantuan mencari mangsa yang disedari hilang di rumah kira-kira jam 4 pagi, susulan pintu dapur didapati tidak berkunci serta mendapati mangsa tiada di dalam bilik tidurnya selepas dibuka menggunakan kunci pendua.

Walaupun mangsa telah pulang ke rumah sejurus mengetahui dirinya dicari keluarga, namun perbuatan tertuduh berjaya dihidu oleh keluarga mangsa selepas mendapati mangsa telah memakai seluar serta baju terbalik.

Setelah didesak, akhirnya mangsa menceritakan kejadian sebenar kepada keluarganya lalu kakaknya itu telah membuat laporan polis di Balai Polis kampung Raja, Besut dan hasil pemeriksaan Pegawai Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan mendapati terdapat sedikit kesan kemerahan pada bahagian luar kemaluan mangsa tetapi tiada sebarang kesan koyakan serta kesan kemasukan pada kemaluan mangsa.


p/s:ish...zaman la ni byk betol kes rogol..boleh kata tiap2 hari ada...

SUMBER:Sinar Harian

4 comments.. read them below or add one

PCL PCL October 06, 2011
nafsu..memang tak dapat dikawal jika kita iman tak cukup kuat...
Awan Network Awan Network October 06, 2011
kahwin je la apa susah..merogol2 nie bukannya best pun..haha

[Klik Sini] Zahid AF2 Masuk PAS ?
[Klik Sini] Gambar Penembak Jurugambar Bernama TV Didedahkan
Unknown Unknown October 06, 2011
perempuan rogol laki camne lak ye
aliza aliza October 06, 2011
tu laa.. akibat kos hidup tinggi, gaji rendah, mas kawen dan hantaran tinggi plus lelaki zaman sekarang ada sindrom 'malas belajar' sedangkan perempuan rajin .. ramai kat IPT... kesannya lelaki dengan nafsu yg membuak2 tapi x mampu nak kawen so amik jalan singkat p rogol.. wahai lelaki sedarlah kamu tu pembimbing kami, bukan perosak golongan kami... isshh

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.