Akhirnya Mangsa Yang Ditembak Meninggal Dunia

Gambar Hiasan
RANTAU PANJANG - Selepas lebih dua minggu bertarung nyawa, mangsa tembak Mohd. Anuar Mohd. Noor, 31, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) awal pagi semalam.

Mangsa yang bekerja sendiri dimasukkan ke HRPZ II selepas cedera parah di pinggang kiri dan dada kanan akibat terkena tembakan rakannya dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam 12 Oktober lalu di tepi jalan berhampiran Simpang Empat Salam di sini.

Isteri mangsa, Mismaki Mat Rashid, 29, berkata, suaminya itu meninggal dunia kira-kira pukul 7 pagi semalam selepas 18 hari di rawat.

Menurutnya, kesihatan suaminya itu merosot sejak empat hari lalu selepas menjalani pembedahan kedua merawat ususnya yang cedera.

"Ketika dimasukkan ke hospital selepas kejadian tersebut, dia (Mohd. Anuar) sedar namun, tidak dapat bercakap kerana menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Selepas pembedahan kedua pada 25 Oktober lalu, kesihatannya makin merosot dan dia tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia pagi tadi (semalam)," katanya ketika ditemui semalam.

Mohd. Anuar meninggalkan dua cahaya mata, Mohd. Ikram Ar-Rashid, 1, dan Mohd. Ifni Hamka, 6,

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang selepas solat Asar, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dalam satu sidang media 13 Oktober lalu memberitahu, punca kejadian tersebut adalah berkaitan masalah hutang.

Katanya, mangsa yang berasal dari Taman Wahyu dekat sini dikatakan telah bertengkar dengan seorang rakannya berusia 30 tahun lokasi kejadian sebelum ditembak.

Sumber:Kosmo

1 comment... add one now

AnonymousAnonymous October 30, 2011
Apa ni... Pasal berhutang pun sampai berbunuh-bunuh..

Pengajarannya,
1. jangan sekali-kali bagi orang hutang.
2. kalau dah terbagi hutang, jangan tuntut dah.. Kalau rasa banyak duit halalkan aje, kalau taknak halal jangan halalkan. Tuntut aje di akhirat.
3. orang yang berhutang tu kalau ada niat menipu, atau ada niat taknak bayar hutang, nanti Allah akan turun bala. Orang yang bagi hutang tak perlu risau. Allah maha adil.

Cik Anon

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.