1 Wanita 4 Lelaki ? - Muhassabah Diri 5

Assalamualaikum  warah matullahiwabarakaatuh...
lama benar mak tak tulis di blog ni. Semoga anak-anak, saudara-mara dan sahabat-sahabat mak sekelian berada dalam keadaan sihat, sibuklah skit...nampak tajuk di atas? Apa yang mak nak titipkan di sini bukannya mak nak bincang pasal dunia dah terbalik apabila seorang perempuan boleh kahwin empat ! dak...!!! nauzubillahiminzaalik..tapi seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka, emmm... tulah maksudnya.  Mak harap artikel ini menjadi panduan untuk kita semua wanita, lelaki, tua dan muda untuk kembali mengukur samada jalan yang kita lalui ini lurus ke atau bengkang-bengkok.
Kalau lurus , pedo elok-elok jangan bagi peluang untuk bengkok. kalau dah bengkok bawa bincang sesama kita atau minta tolong dengan orang yang berupaya membantu dan bukan dengan orang yang boleh menghancurkan lagi.
Berbalik kepada tajuk tadi siapa 4 lelaki itu? antaranya ialah
1. Ayahnya  - Bila seorang ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia seperti tidak memberikan segala keperluan agama - tidak diajarkan atau disuruhnya bersolat, mengaji & sebagainya, dibiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

                           



2. Suaminya -bila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas, memperhiaskan diri bukan untuknya , tidak menegur, melarang atau menasihati maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke dalam neraka.
                                                   


3. Abang-abangnya - Bila tanggungjawab menjaga saudara perempuan dipikul oleh abang-abangnya  disebabkan ayahnya sudah tiada  ...jetapi tidak ditunaikan kerana leka dengan  keluarga sendiri , sedang saudara perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ... maka tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
                               


4. Anak Lelakinya - Ini berat ni kerana bila seorang anak tidak menasihati seorang ibu daripada melakukan perbuatan mungkar seperti mengumpat,  memfitnah & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Selalunya ibu mengimpikan yang terbaik untuk anak-anaknya...takkanlah menarik anak ke neraka...
                                        

Kita mungkin tak perasankan akan hal ini, jadi marilah kita sama-sama mendidik diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita supaya semua tahu tanggungjawab dan implikasinya amat berat iaitu betapa  hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat jua...maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak lelaki yang gagah ini bersama-samalah membimbing wanita yang lemah itu sebagai mana
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:-
                             
                                Gambaran neraka jahannam..... nak masuk???.EEeeeee.!!!!.....
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU... "

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

1 comment... add one now

AnonymousAnonymous December 25, 2012
tq untuk entry ni...semoga ianya menjadi teras keimanan dalam hati kita untuk sama2 m'langkah ke syurga Allah S.W.T..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.