Gambar Hiasan |
BALING: Seorang lelaki warga Thailand yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ditahan apabila menimbulkan kekacauan di Hospital Daerah Baling, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Baling, Supt Mat Daud Mat Hassan, berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira 10 pagi tadi apabila mengamuk di hospital berkenaan ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, katanya, melihat keadaan suspek yang lemah polis bertindak membawanya ke Hospital Baling bagi mendapatkan rawatan sebelum dia tiba-tiba mengamuk.
"Suspek kini ditahan reman dan polis masih menyiasat motif lelaki itu mengamuk di kedua-dua tempat tersebut," katanya.
Sumber -BHO