Darah kita

Dua minggu lepas mak terlibat dlm pengurusan kempen derma darah. Terharu tengok penderma-penderma dtg melaporkan diri . Ada yang dah berkali-kali dan ada yg baru pertama kali. Semuanya berkobar-kobar bersemangat nak menderma...Mak sendiri dpt bayang betapa leganya  orang yang kritikal memerlukan darah, bila diberitahu darah yg diperlukannya (jenis, kuantiti), ada!

Adalah juga yg kecewa tak dpt derma darah sebab-musabab spt tidur tak cukup, makan ubat dan tahap hemoglobin rendah.  Orang kita mungkin kurang ambil berat akan hal-hal ini atau mungkin exited?...lupa...tapi ada juga dengar cite penderma menyembunyikan maklumat spt ada mengambil ubat tertentu...ini tak adillah kepada penerima tu nanti...contoh kalau bayi , nak selamat dari satu penyakit , ditimpa penyakit lain pula...apa-apa kerjapun kenalah jujur dan ikhlas!
                                 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCKggTdKkAGelirTqQRMVuj6syLyRc0e7T7tp8S-QD3bzb4HJHdgYdGNjWTKH6TtJWLdU4smLchmMFkWfKQTmiohDi4jmhmvBTkgOUehy8hnphR8rxgoJGnMdsSpli4QCC5NyEOcWcMB0/s1600/darah.jpg

Kita semua yg ikuti pendidikan di Malaysia tentu dh pernah belajar pasal darah serba sikit iaitu cecair tisu. Tisu tu kan sekumpulan sel...

Kenapa darah kita warna merah? kerana ia terdiri daripada hemoglobin (zat besi banyak nak oii..). Hemoglobin juga bertanggungjawb untuk mengangkut oksigen.
Bahan-bahan lain dalam darah ialah platlet iaitu bahan pembeku supaya boleh stop bleeding kalu terluka, sel darah putih (antibodi)- pertahan badan daripada jangkitan kuman dan plasma (ada albumin, hormon, protein dan mineral).
Darah  dikitarkan oleh jantung dalam salur besar arteri dan ambil oksigen bila melalui paru-paru (waktu ni merah terang )pergi ke sel-sel seluruh badan kita melalui salur halus kapilari dan balik ke jantung (warna dah jadi merah tua sbb dah takda oksigen) melalui vena, dan ulang proses ambil oksigen hantar ke seluruh badan sampai jantung berhenti atau otak dah tak berfungsi!

                               

Selain edar oksigen darah juga berfungsi edarkan zat makann kepada tisu badan dan hormon ke tempat tertentu ( macam kalau anak nak marah, kelenjar adrenal keluarkan hormon adrenalin masuk dlm darah, satgi nampak muka merah dan ada kekuatan luar biasa nak pukul? nak kejar .. dll, ni otomatik tau... iman dan sabar saja dapat elak perkara buruk), singkir bahan kumuh spt bahan kumuh metabolik,dadah, pergi ke hati untuk diuraikan (sbb tu kita tidak digalakkan makan hati ayam, lembu....banyak bahn terbuang merbahaya) dan ke buah pinggang untuk dibuang sebagai air kencing. dan juga sbg sistem pertahanan badan dpd jangkitan kuman....

MasyaAllah sempurnanya ciptaan Allah....
Alhamdulillah kita ni ada darah yang sempurna boleh laksana tugasan dgn baik, yang kurang sempurna maka kenalah penyakit sept talasemia, hemofilia, leukemia...
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg47r4uDGF38lXOOfuFAgHckpGXvIqe3apjYXrtfPDpDTHHV5jdUZIApnvmCaENeAfFQHcOB9y-kduA-8suVZ53e_nvQplI5vQHRBoCeSuemauekUgMa7r9_ynEVs1ClpaArrKxvIh3HkU/s1600/blood.jpg
Setitik darah kita mengandungi 250 juta sel darah merah, 15 juta sel pembeku dan 400 000 sel darah putih!

Bersyukurlah selalu dengan apa yang dikurniakan kepada kita, jika kurang itulah ujian...ingatlah juga ada orang yang lagi kurang sempurna daripada kita...

2 comments.. read them below or add one

Cik Cempaka Cik Cempaka June 05, 2011
betul2

tak baik lah kalau menderma, tapi menganiaya dalam diam
nurhamizatulzullraooh nurhamizatulzullraooh July 26, 2011
btul ke xbleh mkn hati ayam?saya sblm ni mmg xmkn hati ayam tp sjak skit ni saya tpaksa kena mkn mama saya kata utk tambah darah sbb saya ni nmpk pucat :( srba slah la dwatnya..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.