Masa mak kecik-kecik dulu dalam tahun 70an, klau waktu pelajaran agama lepas saja bagi salam , mesti suruh ustaz buka cerita nabi-nabi, banyaklah juga yang ustaz cerita spt riwayat hidup, penentangan orang kafir spt Firaun, Abu Jahal, Israk Mikraj, mukjizat, peperangan dsbnya.
Cerita nabi Muhammad s.a.w yang paling banyak kerana dia rasul akhir zaman dan kita adalah umatnya.
Rasulullah s.a w adalah manusia biasa tetapi darjatnya sangat tinggi. Dia maksum, sempurna dan terhindar daripada melakukan kesalahan. Dia juga adalah Al-Amin gelaran terpuji yang diberikan oleh manusia zamannya yang menunjukkan dia dikagumi dan gelaran itu bukannya dibeli atau mendapat secara rasuah... hebat sungguh Rasulullah!!!
Dengan sifat-sifat tersebut jangan fikir Rasulullah s.a.w tak pernah bergurau atau buat lawak, emm..pandai juga dia brgurau tapi dia memang tak pandai berbohong!! hanya yang benar sahaja kata-kata dia. Inilah yang selalu wan tekankan kpd mak masa mak di sekolah menengah dulu.
Kelmarin Ustaz Dr Zahazan , pensyarah UIAM bercerita tentang bagaimana Rasulullah bergurau , langsung mak teringatkan cerita wan kepada mak dulu..
Lebih kurang beginilah lawak atau teka-teki Rasulullah s.a.w yang mak dapat ingat, jika terkurang atau terlebih mak minta maaf..
Seorang wanita bertanya kepada Rasulullah s.a.w : mampukah Mak Cik masuk syurga?
Jawab Rasulullah s.a.w : Tak masuk. (padahal makcik ni sgt kuat ibadat).
mak cik itu menangis ...
Jawab Rasulullah s.a.w : Tidak ada seorang pun manusia di akhirat kelak masuk ke syurga dgn rupa tua sebaliknya penghuni syurga semuanya muda-muda belaka.
Di waktu yang lain pula Rasulullah s.a.w bertanya kepada seorang lelaki yang pulang dari suatu tempat,
Rasulullah s.a.w : Kamu balik naik apa?
Pemuda : Unta.
Rasulullah s.a.w: Naik anak unta!
Sesungguhnya tiap-tiap binatang itu adalah anak kepada ibubapanya!
Dalam satu tazkirah di dalam masjid Rasulullah s.a.w bertanya : Pokok apa yang daunnya tak pernah jatuh ke atas tanah?
Seorang kanak-kanak iaitu Abdullah bin Umar (anak kpd Saidina Umar) ingin menjawab soalan itu tetapi memandangkan kebanyakan adalah orang dewasa dan untuk menghormati orang dewasa maka dia berdiam sahaja. Oleh kerana tiada siapa menjawab maka Rasulullah s.a.w menjawab : Pokok kurma kerana kita tak kata daun kurma jatuh tetapi pelepah kurma...
Dalam ketiga-tiga suasana tadi, Rasulullah s.a.w hanya senyum atau paling kuat sehingga menampakkan gusinya sahaja, bukan macam kita berdekah-dekah sampai nampak anak tekak...keluar airmata... itulah hebatnya Rasulullah s.a.w, sehingga usianya 63 thn!!
Sebabnya apa? Pesan Rasulullah s.a.w " Banyak ketawa menyebabkan hati mati".
Apa kesannya jika hati mati?
-susah ibadat kepada Allah spt payah bangun pagi utk solat subuh w/pun dah jaga atau baru balik dr kerja 6.00 pagi!
-banyak tanggungjwb yang tak selesai, anak-anak membesar sbg insan yang tak serius dalm melakukan sesuatu tugas. Jika guru atau pensyarah atau penceramah anak-anak asyik buat lawak dan anak-anak asyik ketawa sepanjang belajar, nanti cuba ingat balik apa yg dipeljari atau pandai tak anak-anak apply ilmu tu? renung-renungkanlah ., mak cumanak bantu sedarkan saja... buka tak boleh ketawa tapi berpada-pada.
Orang yang banyak ketawa di dunia akan menangis di neraka sehingga airmata itu banyaknya sehingga dapat menggerakkan sampan....
Lawak Rasulullah s.a.w
hyhhh0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.