1. " Bangun! Bangun! Bangun! cepat sembahyg subuh, dah nak pukul 6 dh ni!"
2. "La...tidoq balik! Cepat bangun dh nak pukul 6.30 nak habis waktu dah!"
3. "La... dah tidoq balik! tak elok la...tidoq lepas subuh ni...bla..bla..
Itulah 3 ayat yang selalu mak bentang pagi-pagi, mungkin berubah sikit ikut sedap pagi tulah. Tapi kalau kata "ha...bangun cepat main computer-game", pasti bangun cepat. Takkanlah mak nak ubah style lain yg mungkin lebih lembut, krn yang tok dan wan latih begini kat mak sejak kecil bagi kesan yg baik utk mak. Sebb bila mak jaga pagi , pukul 4 ke,5 ke atau 6 mesti terpacul kat mulut , "dah subuh ka?"
Tidur awal atau tidur lewat mak tengok depa semacam ja..bangun tetap payah!
Tidur ni samada lebih atau kurang, tetap tak baik untuk kita. Kedua-duanya menyebabkan kepala kita terasa berat, tidak segar dan mengantuk!
Semua orang perlukan tidur yang cukup, tidak lebih dan tidak kurang kerana tidur dapat memastikan kesihatan kita baik dan dapat memberi penumpuan terhadap pelajaran atau pekerjaan.
Orang dewasa perlu tidur selama 7 hingga 8 jam. Remaja pula 8 - 9 jam. Kanak-kanak 6 - 9 tahun pula memerlukan tidur 10 jam , manakala kanak2 prasekolah perlu tidur 10 - 12 jam. Agak-agak cukupkah masa kita dan ahli keluarga kita tidur atau terlebih pula?
Kalau kita tidur lewat, tubuh kita menjadi kebingungan kerana dah terlepas waktu tidur yg normal. Kesannya prestasi kita akan menurun, mudah tersinggung, kurang tumpuan, otak tidak cerdas, badan tidak cergas, kurang berhati-hati dan mengantuk. Mungkin ada anak-anak yang pernah mengalami situasi ini, adakah anda berasa selesa? Kerana ia mengundang rentetan masalah2 lain yang ada kalanya kecil tapi ada kalanya tak tertanggung oleh badan.
Jadi, tidurlah dengan cukup kerana ia dpt meningkatkan keupayaan dan mengurangkan tekanan. Semasa kita tidur sel-sel baru dapt dibina dan perbaiki sel-sel yg rosak dan menyusun perkara-perkara yang difikirkan seharian itu. Sebab itulah bila kita bangun esok, otak kita lebih segar dan dpt berfikir dengan cepat dan tepat!
Semuanya Allah dah atur dengan baik untuk kita!
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.