Plastik dan Teknologi


Salam tengahari semua…La nie aku nk bagitau hmpa apa kaitan plastik dgn teknologi...





     Hampa suma ni tau dak plastik yang dianggap bahan picisan itu ada gunanya dalam bidang teknologi? Perkembangan dunia sains telah merubah fungsi plastic menjadi bahan utama yang membantu membangunkan teknologi terkini yang canggih.



                 

                 Sejarah plastik bermula pada sekitar tahun 1860. Selepas tahun 1945 (masa Jepun jajah kita dulu), penggunaan bahan dalam kehidupan manusia mula didominasi oleh bahan yang berasaskan plastik seperti polisterin, poliselin (polyethelin), polyvinyl chloride (PVC), polemid (polyamide) dan polymethyl methacrylate. Kini banyak polikarbonat (sejenis plastik yang disifatkan sebagai teknolpolimer) digunakan untuk membuat topi keledar angkasawan, lensa kornea menggantikan cermin mata dan juga bahan pelindung kalis peluru.
       


                Selain itu, terdapat sejenis lagi plastik yang dikenali sebagai polyumethylpentene (TPS). Ia mempunyai daya tahan yang kuat dan bersifat lutsinar serta tahan proses sterilisasi. Oleh itu, ia banyakdigunakan untuk menghasilkan peralatan makmal. TPS juga digunakan untuk menggantikan bilah enjin kapal terbang dan beberapa bahagian lain di dalam enjin jet.


                Wow....tanpa kita sedaq banyak sungguh kegunaan plastik. Perkembangan ini jugak menjadi fenomena baru dalam sejarah tamadun manusia. Namun begitu, kita juga kena ingat jugak bahawa plastik mesti diurus dengan betul kerana ia merupakan bahan yang tidak dapat diurai dengan tanah. Jadi ia boleh memberi kesan negatif dan secara tidak langsung menyubang kepada pencemaran alam sekitar. Hampa suma tak boleh buang beg plastik atau bahan plastik yang lain di merata-rata tempat. Gunakan tong kitar semula yang disediakan.


                 Dunia maju, bumi selamat...Sekian, coretan untuk waktu ni....









0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.