Langkah Undo Email Yang Tersalah Hantar (GMAIL) - Fungsi undur hantar ini sememangnya saya perlukan kerana takut tersalah hantar email pada orang lain. Almaklumlah, sekarang adalah musim untuk memohon kerja setelah tamat pengajian di universiti. Di bawah diterangkan bagaimana untuk membolehkan anda jugak menggunakan fungsi ini. Tetapi, setakat ini saya hanya tahu untuk aplikasi Gmail saja.
Pasti ramai daripada anda mengalami situasi di mana anda tersilap menghantar email kepada sesiapa sahaja terutamanya majikan atau klien. Situasi yang agak janggal ini sebenarnya boleh dielakkan jika anda tahu caranya.
Tidak ramai orang tahu tentang fungsi 'Undo Send'. Ianya merupakan satu fungsi yang telah diperkenalkan kepada Google sejak tahun 2015. 'Undo Send' ini adalah ciri yang melengahkan penghantaran e-mel anda sejurus anda menekan 'Send'. Jadi anda akan mempunyai masa untuk memadam e-mel yang tersalah hantar tu.
Langkah-langkahnya tersedia di bawah:
1) Halakan cursor anda ke butang Settings dan cari perkataan Settings.
2) Tekan tab ‘General‘. Selepas itu, tekan ‘Enable Undo Send’ dan anda boleh membuat pilihan untuk masa yang tersedia sebelum email dihantar. Masa yang ditetapkan paling lama adalah 30 saat. Jika email yang dihantar sudak melepasi 30 saat, perkara yang perlu anda buat adalah tepuk dahi sahaja.
Selepas anda mengaktifkan fungsi ‘Undo Send’ ini, anda akan mendapat notifikasi “Your message has been sent” dan pilihan ‘Undo’ atau ‘View’ setiap kali anda menghantar email.
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.