5 Jenis Manusia Dalam Organisasi

Mak sangat tertarik untuk menulis tentang tajuk ini kerana sebagai pekerja makan gaji, kadangkala kita bekerja berseorangan dan kadangkala bekerja berkumpulan , bergantung kepada arahan yang diberi.  Kalau bekerja seorang memang memenatkan tetapi kalau ianya adalah bidang yg kita minat tak terasa pulak, sebaliknya bila bekerja beramai-ramai, tapi kalau seperti bekerja seorang menyakitkan hati pulak.... hanya orang yg tinggi kesabarannya sahaja yang lalui nya dengan tenang!





Bila kita bekerja berkumpulan, pelbagai perangai yg kita boleh jumpa yang boleh mempercepatkan kerja dan sebahagian lagi pula melambatkan urusan... Dalam satu nota kursus tentang kualiti modal insan, mereka telah mengklasifikasikan pekerja kepada 5 kumpulan iaitu, jenis proaktif, reaktif, pasif, hyper-aktif dan radio-aktif? ehm...aktif sungguh depa....


Proaktif
    Mereka dikatakan proaktif kerana:
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjn6pime5lcdqRyTdqxb9GEMQY4UNkanJ1W2nP0D045GVbVQ50jiNwCPoN09Llkg3rbueIix1yDUIFGn3xUFgv9oSZ9U7LNx_Y7E0lxxkczRzrrBbor0bHheFpVD8UO6fnL_7CAga5hOPPT/s1600/aktiv.png
  •      Melaksanakan tugasan harian tanpa kawal selia      
  •      Berwawasan dan bermotivasi tinggi
  •      Bekerja kuat,  rajin,  mencuba perkara-perkara barudan suka   untuk mempelajari sesuatu yg baru
  •      Kerana jelas dan menyedari tanggungjwb sendiri maka membuat sesuatu tanpa menungggu arahan
  •     Mempengaruhi org lain ke arah kebaikan



                                                        Reaktif

  • Sering bersikap negatif terutama kpd  perubahan dan kaedah kerja yg baru
  • Apabila diserah kerja baru ,  seringkali memerlukan kawalselia yg rapi
  • Apabila menerima arahan kerja baru, gemar menjawab ,   "Susahlah bosss.."
  • Apabila diarah, sering menjawab , " Ah... lecehlah...!
  • Macam pahat dengan tukul! Apabila disuruh baru buat!



  Pasif

    http://kembarahidup.files.wordpress.com/2009/09/drowning20cartoon.gif
  • Suka senang diri dan malas utk memperbaiki atau meningkatkan  kompetensi diri
  • Tiada keyakinan diri , idea dan pandangan baru
  • Lebih suka dengan kerja yg sama hingga bertahun2 ...  tak kisah!
  • Tiada wawasan diri atau cita2 tinggi utk meningkat hingga naik pangkat


Hyper-Aktif

    http://tengkufaris.com/wp-content/uploads/2010/11/Motivasi-dan-Inspirasi-Tengku-Faris.jpg
  • Punyai wawasan diri yg tinggi maka sering melibatkan diri dlm pelbagai  aktiviti
  • rasa diri hebat dan suka cakap lepas
  • Tiada tumpuan pada satu2 aktiviti dan resah serta mudah bosan jikalau buat kerja yg sama


 Radio-aktif

  • Tak berdisiplin
  • Tak suka mengikut aturan
http://myfitri.com/wp-content/uploads/2010/11/image16.png
  • Suka ponteng dan mengular
  • Menjahanamkan harta pejabat
  • Gemar berbohong....tipu MC!
  • Kebas wang orang ramai
  • Meleceh
  • Menjatuhkan maruah masyarakat

 Ehm...mana kita ya?....muhasabahlah diri kita .... kalau antara empat yg bawah ...boleh berubah utk memiliki sifat proaktif!...semuanya adalah pilihan kita, bukan orang lain yg menentukannya.

    0 comment... add one now

    Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.