Rasai Fenomena Milky Way, Ramai Yang Tak Percaya Tempat Ni Kat Malaysia !!!

Rasai Fenomena Milky Way, Ramai Yang Tak Percaya Tempat Ni Kat Malaysia !!! |Untuk melihat fenomena milky way seperti di Ireland, grand canyon seperti di US dan blue waves seperti di Maldives rupanya tak perlu pergi jauh. Ianya ada di Malaysia! Ya, ada di Miri, Sarawak. Tak ramai yang tahu tempat ini.
1
Penulis sempat pergi ke Miri selama 3 bulan pada tahun 2010 juga tak tahu kewujudan Pantai Tusan, Bekenu di Miri.  Pantai Bekenu ni terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Miri. Pantai ni memang terkenal untuk melihat matahari terbenam.
Namun, segalanya mengejutkan penduduk di situ dan seluruh rakyat Malaysia apabila seorang photographer merakam fenomena air biru di situ. Sejak dari viralnya gambar tersebut semakin ramai orang ke situ untuk melihat sendiri fenomena air mata biru atau ‘bio-luminescence’, yang berlaku apabila mikro-organisme di dalam air diganggu oleh oksigen, menghasilkan cahaya cerah kebiruan di pantai tersebut. Bagaimanapun, fenemena tersebut bukanlah berlaku selalu.
Bukan sahaja ada air mata biru, tetapi di Tanjung Layang-layang terdapat tebing batu yang menyerupai seekor kuda sedang minum.- Oleh: Aimi Nordin Sumber: Wanista & Malaysian Digest
2
MIRI, 4 Dis -- Tebing batu (cliff) di Tanjung Layang-Layang dikenali sebagai Batu Kuda memiliki tarikannya kerana tebing batu itu seakan seekor kuda sedang minum air menggambarkan betapa agungnya kekuasaan Tuhan. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.