Pemandu OKU Sukar Masuk Keretanya Sendiri Akibat Sikap Kereta Sebelah Penting Diri Sendiri

Pemandu OKU Sukar Masuk Keretanya Sendiri Akibat Sikap Kereta Sebelah Penting Diri Sendiri - Sifat saling hormat menghormati, juga prihatin terhadap sesama insan sememangnya antara nilai yang pelu ada dalam setiap orang. Ia menunjukkan bahawa kita boleh hidup harmoni antara satu sama lain, dengan saling bertolak ansur walau dalam apa jua keadaan.


Namun begitu, disebabkan adanya sifat tidak ambil peduli, dan pentingkan diri, ada segelintir netizen yang tidak mengendahkan kesusahan orang lain, demi keselesaan diri mereka. Inilah yang berlaku kepada seorang insan kurang upaya (OKU) yang terpaksa berhadapan dengan individu yang kurang peka mengenai OKU.

Menurut saudara Hafiz Hamzahari, dia baru sahaja selesai membeli barang di salah sebuah pasaraya besar di Melaka, dan sewaktu ingin kembali ke kereta, Hafiz tidak dapat memasuki keretanya, kerana kereta Axia yang parkir terlalu hampir dengan keretanya.

“Dah la cari parking punya susah tadi, nak balik boleh pula kena macam ini”, tulis Hafiz di laman Facebook miliknya.

Tambah Hafiz lagi, jika pemandu tersebut tidak inginkan bantuan dari sesiapa tidak mengapa, tetapi janganlah sampai menyusahkan orang lain pula.

“Engkau kalau hidup tak nak bantuan orang tak apa, ni ko menyusahkan orang pula, perangai manusia apa macam ini”, luahnya lagi.

Mungkin disebabkan perkara sebegini, membuatkan OKU di luar sana, tidak mahu untuk keluar, kerana adanya segelintir masyarakat yang berperangai seperti ini.

“Dah la main selit kat tepi tu, benda macam ini la yang buat aku malas keluar, jumpa orang yang pentingkan diri”, tegas Hafiz.

Berikutan itu, ramai netizen di luar sana yang marah akan tindakan pemandu berkenaan, dan meminta pihak berwajib kenankan tindakan buat mereka.

Ramai yang bersimpati dengan saudara Hafiz, dan mendoakan yang terbaik buatnya, dan berharap dia sabar dengan dugaan ini, serta dipermudahkan segala urusannya. Juga agar pemandu tersebut, diberikan hidayah.

1 comment... add one now

AnonymousAnonymous December 30, 2016
Kalau kes macam ni harap admin jangan padamkan no.kereta Mangkuk Hayun tu.bior 1Malaya tahu

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.