Gara-Gara Menolong Seorang Makcik Selekeh, Nasi Lemak Anak Dara Di Beri Hadiah MISTERI !!! | Kejadian berlaku dua hari yang lepas, kebetulan masa tu saya nak singgah Aeon Big Batu Pahat nak beli barang-barang nak buat sup buah iaitu menu terbaru NLAD dekat kawan serumah yang lama. Saya ke Johor sebab saya ada program anjuran UTHM selama 4 hari.
Mungkin ni takdir Allah temukan saya dengan seorang makcik yang dah sangat berusia. Kalau orang tengok dari gambar bawah, orang akan cakap makcik ni jijik. Bagi saya, hati dia sangat mulia. Kenapa saya cakap macam tu? Kejap lagi saya cerita.
Masa tu saya tengah pilih buah-buahan dan pada masa yang sama mata saya macam terpandang sesuatu yang buat hati saya tersentuh sebagai seorang anak. Saya pun terus pergi dekat dengan makcik tersebut yang sedang teragak agak nak pilih barang keperluannya kat situ. Biasa la barang dah mahal sekarang ni. Dan saya pun terus hulurkan sedikit wang ringgit kepadanya.
Apa yang buat hati saya tersentuh?
Masa saya hulur wang ringgit kepada makcik tu, makcik tu memang taknak ambil dan saya paksa makcik tu ambil. Akhirnya dia ambil dan saya nampak dari riak wajah dia yang dia bersyukur sangat.
Selang beberapa minit lepas tu, dia datang ke arah saya dan dia hulurkan sedikit asam yang dia jual kat luar dekat saya. Dia cakap “ambil la asam ni, nanti boleh buat makan-makan”. Banyak kali saya tolak dan saya suruh dia jual asam tu kat luar untuk cari pendapatan dia. Saya cakap kat makcik tu saya ikhlas bantu.
Saya nampak makcik tu dari awal lagi yang dia memang tak suka menyusahkan orang sebab dia cari pendapatan atas usaha dia bukan saja-saja dia minta sedekah. Saya suka cara makcik tu dan hati dia yang suci.
Kemudian saya pun kembali pilih barang keperluan saya. Dan pada masa yang sama mata saya masih tak terlepas pandang makcik tu. Dari pemerhatian saya, ramai yang pandang jijik dekat makcik tu. Allahu.. dia pun seorang manusia yang perlukan perhatian. Saya tengok makcik tu berulang kali tengok harga makanan dan banyak kali dia letak balik makanan tu kat tempat asal disebabkan harga.
Saya pun cepat cepat pilih barang dan pergi dekat makcik tu lagi sekali. Saya suruh dia letak barang-barang yang dia pilih kat dalam troli saya. Dia macam biasa la akan tolak pelawaan saya sebab dia taknak nyusah saya. Saya cakap takpa saya boleh bantu selagi saya mampu untuk hulurkan bantuan.
Makcik tu pun teragak agak nak letak barang dia dalam troli saya. Dah siap bayar semua, saya pun jalan sebelah makcik tu sambil borak. Memang ramai yang memerhati. Masa borak tu saya ada tertanya makcik tu “makcik melayu ke cina?”. Dan dia jawab “I islam”. Saya tanya sebab cara dia cakap macam cina. So saya rasa makcik ni seorang chinese muslim.
Saya pun terus borak sampai la kat pintu luar Aeon Big Batu Pahat. Kalau ikutkan hati saya nak hantar makcik tu balik rumah dia tapi dia bagi alasan dia tengah tunggu kawan dia yang entah pergi mana. Saya cakap kat makcik tu lama lagi ke sebab masa tu saya tengah kejar masa dan ada urusan lain yang saya kena selesaikan pula. Makcik tu cakap lama.
Saya tak pasti samaada dia sengaja taknak tunjuk rumah dia sebab dia taknak nyusah saya atau dia sendiri takda rumah untuk menetap dan takda kawan pun. Allahu tak sampai hati saya tengok keadaan dia. Kepada sesiapa jumpa makcik ni kat kawasan Batu Pahat, saya merayu hulur la bantuan kepada dia walaupun sedikit. InsyaAllah dengan sedikit bantuan dari kita akan mampu ringankan beban dia.
Masa saya nak balik, dia hulurkan saya sesuatu dalam bungkusan kertas dan kertas tu pula dalam bungkusan plastik yang dilipat kemas. Saya dapat agak tu la barang yang dia akan buat jual hari hari untuk dijadikan pendapatan makcik tu selain asam yang dia bagi tadi.
Sama-sama kita doa makcik tu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin..
p/s: Saya cerita bukan maksud saya riak atas bantuan saya tapi saya nak sama-sama kita bantu orang yang memerlukan. Yang selebihnya Allah yang turunkan rezeki. Sumber:- Siti Hajjar Bt Ahmad
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.