Teknik Latihan Atlet Olimpik China, Cara China Melatih Atlet, Bagaimana China Melatih Atlet Olimpik - China dilihat semakin menguasai Sukan Olimpik apabila mula merangkak naik ke tangga ketiga keseluruhan pingat sukan Olimpik di Rio 2016. Apakah rahsia kejayaan atlet China dalam memenangi sukan Olimpik? Mereka mula menjadi seorang atlet sejak dididik dari zaman kanak-kanak dengan pelbagai latihan intensif yang agak luar biasa.
Ia mungkin kelihatan agak kasar, tetapi inilah wajah-wajah yang bakal melahirkan pingat emas untuk China. Kanak-kanak yang berbakat ini sudah mula bermain sukan ini sejak berusia 5 hingga 6 tahun.
Imej-imej ini kebanyakannya diambil di Gim Nanning, Nanning China. gym terkenal sebagai kem sukan yang begitu tegas. Walaupun ia kelihatan seperti mendera dan menakutkan, ibu bapa rela menghantar anak-anak mereka untuk bermain sukan yang tersenarai di sini sebagai wakil atlet China di Olimpik.
Ramai pelajar datang daripada keluarga yang kurang bernasib baik yang melihat sukan sebagai tiket keluar dari kemiskinan. Setelah mendapat tempat untuk ujian awal Sukan Olimpik membolehkan atlet dan keluarga mereka peluang untuk hidup di bandar.
Menurut laporan Reuters, bagaimana latihan ini telah pun bermula sebelum Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Sukan Olimpik 2012 London dan kini dalam Rio 2016.
Orang-orang di China melihat sukan sebagai program elit dan ini adalah salah satu cara mereka meningkatkan semangat kebangsaan dan keyakinan serta mengharumkan nama negara mereka.