Mengapa Kita Digalakkan Mengambil Haiwan Dari Pusat Perlindungan Berbanding Membelinya di Kedai? - Korang mesti pernah terfikir untuk dapatkan haiwan untuk bela di rumah kan? Apa yang kita tahu ramai orang hanya suka memilih haiwan peliharaan yang cantik sahaja sehinggakan mereka sanggup membeli haiwan seperti kucing, anjing dan sebagainya di kedai yang kadangkala bernilai ribuan ringgit. Tetapi korang tahu tak ada haiwan peliharaan yang kita boleh dapatkan secara percuma yang juga tidak kurang comelnya di pusat perlindungan haiwan? Malah mereka yang berada di pusat-pusat tersebut lebih layak untuk dimiliki oleh korang.
Di sini saya ingin kongsikan beberapa kelebihan mengambil
haiwan peliharaan di pusat perlindungan haiwan berbanding membelinya di kedai.
Pertamanya,
mereka yang tiada keluarga, hanya hidup dalam sangkar lebih memerlukan dan menghargai
korang kerana memberikan mereka sebuah keluarga dan tempat berteduh yang jauh
lebih baik.
Kemudian,
secara tidak langsung korang juga telah menyelamatkan nyawa seekor kucing apabila
anda mengambil mereka dari tempat pelindungan kerana kekosongan di pusat itu
boleh diberikan kepada haiwan terbiar yang lain.
Selain itu, korang boleh mengurangkan risiko haiwan
perliharaan terseksa daripada mereka yang mengaut keuntungan, contohnya apabila
mereka dipaksa untuk membiak untuk dijual.
Tambahan
pula, dengan mengambil haiwan dari pusat perlindungan juga korang boleh
membuatkan rakan-rakan korang yang lain turut mengambil di sana kerana mereka
tetap comel dan lebih memerlukan.
Akhir
sekali, korang akan sentiasa ada haiwan peliharaan sebagai teman, terutama
apabila anda tinggal bersendirian di rumah.
Sebagai
kesimpulannya, mendapatkan seekor haiwan perliharaan adalah pilihan yang baik.
Haiwan-haiwan di tempat perlindungan lebih memerlukan kasih sayang dari korang.
Maka, pertimbangkanlah samada untuk membeli di kedai ataupun ambil sahaja dari
pusat perlindungan haiwan. Pencinta haiwan tidak kisah baka atau kecantikan
haiwan, yang penting sayangkan mereka.