Penyakit Difteria Boleh Mengancam Nyawa (Apa Itu Difteria?)

Penyakit Difteria Boleh Mengancam Nyawa (Apa Itu Difteria?) - Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penyakit Difteria yang mengakibatkan kematian pesakit di Kedah dan Melaka. Kita seharusnya mengetahui apakah tanda atau gejala, penyebab, komplikasi dan cara ia berjangkit.

Definisi Difteria

Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Wabak difteria berlaku di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada tahun 90-an. Ia jarang berlaku di negara perindustrian kerana pemberian vaksin DPT telah dilaksanakan.

Penyakit difteria meningkat semasa musim sejuk di kawasan yang beriklim sederhana dan melibatkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun yang belum mendapat imunisasi.


Penyakit ini dikesan di kalangan orang dewasa di kawasan yang tidak mendapat imunisasi.

Agen penyebab: Corynebacterium diphtheriae. Bakteria yang dijangkiti oleh virus corynebacteriophageakan mengeluarkan toksin difteria.

Menjangkiti tekak (tonsil, farinks, larinks, hidung) dan kadangkala selaput mukus lain, kulit , konjunktiva dan kemaluan.

Cara jangkitan: Jangkitan difteria tersebar dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair dan sentuhan fizikal.

Tempoh pengeraman: 2 hingga 5 hari atau lebih lama.

Jangkitan adalah teruk dan boleh mengancam nyawa. Komplikasi adalah sepanjang hayat bagi individu yang tidak mendapat imunisasi secukupnya. Risiko meningkat di kawasan yang sesak dan mempunyai tahap sosioekonomi yang rendah.

Tanda dan Gejala

Pembebasan sitotoksin menyebabkan keradangan dan terbentuknya selaput lembut berwarna kelabu di sekitar tekak.

Sukar menelan kerana tekak berasa sakit di kawasan antara rongga mulut dan farinks dan bengkak pada kelenjar leher.

Bagi kes yang teruk, leher menjadi bengkak dan edema.

Komplikasi

Kelumpuhan saraf kranial, motor periferi dan deria serta miokarditis.Kelumpuhan saraf otak, kaki dan tangan (motor periferi) serta deria dan radang pada jantung (miokarditis)

Rawatan

Rawatan khusus:

  • Antitoksin diberikan serta-merta selepas spesimen bakteria diambil tanpa menunggu keputusan.
  • Antibiotik tidak boleh mengantikan antitoksin.
  • Eritromisin dan Penisilin diberi selepas kultur diperolehi.

Pencegahan

Semua individu yang melakukan perjalanan ke luar negara perlu mendapatkan vaksin.

Jenis vaksin: Toksoid Difteria.

Bilangan dos: Sekurang-kurangnya 3, disuntik ke dalam otot.

Jadual vaksin: Ketika berumur 2, 3 dan 5 bulan berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia.

Dos tambahan: Ketika berumur 18 bulan dan 7 tahun.

Kontraindikasi: Kesan buruk terhadap dos sebelumnya.

Kesan buruk: Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.

Sebelum berlepas: Dapatkan vaksin seawal mungkin. Terdapat sedikit perlindungan selepas dos vaksin yang kedua.

Rujukan / sokongan:
  • International Travel & Health, WHO 2006
  • Control of Communicable Diseases Manual, 18th Edition by David L.Heymann, MD, Editor, 2004
  • Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • www.dph.gov.my / CDC / childhoodimmunisation

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.