Video Adam Norrodin Menuntun Motosikal Hingga ke Garisan Penamat - Tindakan pelumba MotoGP negara, Adam Norrodin yang jatuh di selekoh terakhir dan bangun semula menolak motosikalnya sehingga ke garisan penamat di Grand Prix Argentina telah berjaya menyentuh emosi penonton di litar.
Beliau yang mewakili Drive M7 SIC Racing Team bersaing untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan pelumba Sepanyol, Jorge Navarro telah dilihat berjaya memintas pelumba SPA Estrella Galici di selekoh kedua terakhir sebelum terjatuh untuk mengambil selekoh terakhir.
Namun, selepas jatuh Adam dilihat mengambil keputusan untuk menolak motosikalnya sambil berlari terhenjut-henjut menahan kesakitan.
Kerana kegigihannya itu, Adam telah berjaya mendapat kedudukan ke-11 dan ternyata apa yang menarik dia menerima tepukan gemuruh daripada penonton dan juga petugas di pit lane.
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.