Pengalaman Seorang Lelaki Berkahwin Dengan Gadis Morocco

Pengalaman Seorang Lelaki Berkahwin Dengan Gadis Morocco - Dibawah merupakan cerita seorang lelaki yang bernikah dengan seorang gadis dari Morocco. Baca selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih mendalam.

PENGALAMAN SAYA BERKAHWIN DENGAN GADIS MOROCCO.


1. Isteri saya seorang gadis Moroko. Umur 27 tahun. Kami tinggal di Msia sebaik saja saya menikahinya. Beza usia dgn saya hampir 15 tahun. Di Moroko, gadis berkahwin pada usia 27 tahun dikira sudah lewat. Secara purata mereka berkahwin pada usia 21 hingga 25 tahun.

2. Mereka bermazhab Hanafi. Batal air wudhuk tidak sekerap kita yang bermazhab Syafie. Ini kerana di sana kurang air. Bapa mertua saya amat hairan bila tgk saya kerap mengambil wudhuk semasa saya di sana.

3. Gadis Morocco boleh dikatakan daripada 10 org, 8 daripadanya jelita. Sesetengahnya bermata biru.

4. Saya membelanjakan hanya RM4000 untuk melangsungkan perkahwinan di sana. Jika saya buat majlis makan-makan sempena perkahwinan di sana pun, saya hanya perlu belanjakan RM10,000 sahaja. Jauh lebih jimat berbanding di Malaysia.

5. Gadis Morocco sebenarnya berminat juga dengan jejaka luar. Ini kerana jejaka Morocco jenis suka lepak kedai. Jadi, peluang terbuka untuk jejaka luar menjadikan mereka sebagai isteri.

6. Untuk menjadi sebahagian daripada mereka, ibubapa gadis tidak sewenang-wenangnya menerima orang luar. Kecuali jika ada introducer yang mereka kenali.

7. Secara purata, kehidupan di Morocco bukanlah mewah sangat. Mereka hidup biasa-biasa sahaja seperti kita di Malaysia. Saya memberikan mertua saya RM300 sebulan.

8. Saya tidak kerap pulang ke Morocco membawa isteri saya pulang berjumpa ibu bapanya. Kami hanya terbang ke Morocco setahun sekali sahaja.

9. Di Morocco, ibadah korban umpama 'wajib'. Mereka korbankan binatang seekor seorang. Bukannnya seekor binatang dibahagi bahagian dengan berkongsi bayar seperti di Msia. Ini kerana harga binatang di sana sangat murah. Mereka hairan kerana di Malaysia, kita berkongsi bahagian dan tidak semua orang berkorban secara individu seperti mereka.

10. Secara ringkas, saya boleh katakan gadis Morocco mempunyai ketaatan yang tinggi terhadap suaminya. Hidup saya dengan gadis Morocco ini tidak menjadikan saya tertekan kerana kos hidup di sana juga tidak tinggi serta kehidupan mereka yang biasa hidup dalam keadaan sederhana.

---

10 perkara di atas adalah pengakuan Encik X.

Aku berborak-borak dengan Encik X petang tadi. Menghirup kopi sambil menunggu hujan reda. Beliau seorang trader yang kerap keluar negara.

Aku tak pernah ambil kisah mengenai Morocco sebelum ni seolah-olah tiada apa yang menarik. Tapi nampaknya persepsi itu serta-merta berubah selepas berborak dengan Encik X.


Sumber

{ 19 comments.. read them below or add one }

Suria Lekatlekit Suria Lekatlekit October 07, 2015
Alhamdulillah... jodoh yang baik untuk orang yang baik. Morroco atau Malaysia kadang2 bergantung pada individu. Tak nafikan adat melayu kadang2 menyusahkan & di tambah dengan trend perkahwinan sekarang bertambah la kos
AnonymousAnonymous October 07, 2015
Dia punya combat actions macam mana hokeh tak....
AnonymousAnonymous October 07, 2015

Mr X boleh tolong jadi introducer tak ?

Saya berminat.
Sentiasa Panas Sentiasa Panas October 07, 2015
Boleh la kahwin dengan gadis morocco ni..hehe
Famili Ceria Famili Ceria October 07, 2015
setuju dengan pendapat kak suria..
Etuza Etuza Etuza Etuza October 08, 2015
hebat ya perkongsian...
AnonymousAnonymous October 08, 2015
banyak minum minyak dhab bhai,,,
Asri PandanAsri Pandan October 08, 2015
Nak tanya,perkara dalaman sikit,maaf,sexual macm mana.
AnonymousAnonymous October 08, 2015
Betul gadis Morocco (Magribi) apabila sudh menjadi Isteri, mereka memang taat sgt2 pada suami sebagai salah satu tanda kesyukuran meraka. Selain kebanyakan gadis2 sana memang cantik2..
AnonymousAnonymous October 08, 2015
haiyaa berapa banyak ruggi daaa, aku kahwin habis semua sekali RM 25,000. kalau saya jadi mr x, 4 sekaligus bawa balik!
rashid rashid October 08, 2015
Saya setuju dengan semua di atas berdasarkan pengalaman sendiri berkahwin dengan orang Maghribi. Alhamdulillah semua ok bersederhana sahaja. Dia fasih 4 bahasa saya fasih 2. Slalu suruh dia terjemah ayat Quran lepas solat :)
Famili Ceria Famili Ceria October 08, 2015
wow.. dah ada testimoni di sini..sape yang nak kahwin dengan orang Maghribi, bolehlah bertanya dengan bro rashid..
Famili Ceria Famili Ceria October 08, 2015
ini adalah satu akhlak yang sangat bagus..sesuai benar untuk dijadikan isteri solehah
AnonymousAnonymous October 19, 2015
Assalamualaikum...betul tu..jom sama2 kita berpakat kahwin gadis maghribi...
proniagabiz proniagabiz January 01, 2016
Jodoh xde siapa yang tahu..kalau dengan orang morocco nk buat macam mane kan..kalau nk mcm mane ye?boleh tahu sape yg boleh berhubung?
Sinar Jauhar Sinar Jauhar April 28, 2016
Assalamualaikum..abg rashid..bole dptkn cnct no..nak belajar dptkn org marocokoo
Lisa Lisa May 01, 2016
Org ni buat servis kahwin maghribi..whastapp 0123467748
masakini masakini July 12, 2016
Tolong PM / whatsapp 0194105454. Saya minat nak cari calon isteri ke2

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.