Kisah Isteri Terkial-kial Melayan Anak, Suami Buat Dek Layan Henset Jadi Viral

Viral! Kisah Isteri Terkial-kial Melayan Anak, Suami Buat Dek Layan Henset - Satu perkongsian dari Siti Khadijah di Facebook mengenai satu insiden yang disifatkan olehnya sebagai "Fenomena sakit mata" menjadi viral di media sosial dan kini mendapat lebih 13 ribu perkongsian.

Siti Khadijah menceritakan satu kejadian yang dikatakan terjadi di AEON AU2 dimana seorang isteri terkial-kial untuk makan sambil ditemani oleh suami yang sedang menghadap telefon.



Perkongsian penuh dari Siti Khadijah :

Fenomena sakit mata. Kesian betul tengok si isteri terkial2 nak makan. Dah lah makanan isteri yg belikan dan bawa ke meja. Anak2 bercerakau kat meja bapa buat dekkkk je. Isteri dtg terkejar2 bawa makanan buat suami dan anak2. Lepas tu berkejar pulak beli air.

Suami still buat dekkkkk je. Dah bawa air susun depan mata hubby terus makan tapi si isteri bahagikan makanan utk anak2 yg lebih kurang 6 tahun dan 4 tahun and ada baby mungkin dlm 7 bulan dlm stroller. Selesai utk anak2 ibu baru nak makan si kecil menangis. Ibu pun ambil dan dukung sambil makan.

Hubby dah selesai makan kot nak tolong pegang anak dan monitor anak tapi sebaliknya ambil phone dan ngadap phone. Isteri terkial2 makan. 15 minit berlalu dengar suami marah 'Apahal terkial kial makan? Lembablah awak ni'.

Maaf aku memang tak sabar tengok benda macam ni and maaf kalau ko rasa malu tapi apa aku cakap memang betul.

Aku bangun dan pergi cakap kat mamat tu..."Encik kalau you nak wife you makan cepat you tolonglah dia pegang baby tu. Tolonglah tengokkan anak2 yg makan berterabur ni, so cepatlah dia boleh makan. Bertimbangrasalah. Sorry saya tegur sbb saya tak boleh tengok."
Its me.....sorry. - Siti Khadijah.

Boleh kita kategorikan lelaki ini sebagai kategori lelaki dayus?


Fenomena sakit mata. Kesian betul tengok si isteri terkial2 nak makan. Dah lah makanan isteri yg belikan dan bawa ke...
Posted by Siti Khadijah on Wednesday, September 30, 2015

{ 7 comments.. read them below or add one }

mamawana mamawana October 04, 2015
Tu lah. Jantan spesis tau sedap jer.....Firaun betoi. Firaun mana betoi.?
AnonymousAnonymous October 04, 2015
Siti khadijah, nama elok, sila check semula apa ada dalam hati tu
kak ani tu pun, cuba belek2 hati sama hehe
AnonymousAnonymous October 04, 2015
Apa nak heran mmg lelalki skrg byk mcmtu. Penting diri sdri. Teknologi canggih ni pun masalah jugak. Buat org lupa tanggungjawab!.
Rozaini Ghazali Rozaini Ghazali October 04, 2015
mamat...kau yg lembab..orang dah ke depan...kau masih ngadap henfon kau..
AnonymousAnonymous October 05, 2015
Ramai jantan jenis ni sekarang makan minum semua isteri tanggung. Kereta dan hp pun isteri beli. Rasanya tak perlulah nak bela biawak hidup macam ni.
AnonymousAnonymous October 06, 2015
korang terajang or kasik c4 kat lelaki cam tu tak pun kjasik dia 2.6 billion suruh dia cari org gaji ke yg rambut besar tu? kah..kah..kah..
AnonymousAnonymous October 06, 2015
mana kita tau ...kot2 depa ada masalah rumahtangga ka..pompuan tu buat masalah

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.