Kebakaran di Central Square Sungai Petani?

Kebakaran di Central Square Sungai Petani?- Assalamualaikum, betul ke Central Square terbakar? dah la baru siap selepas direnovate.. tapi mengikut informasi dari pengguna Facebook ianya adalah latihan kebakaran.. betul jugak tu ..latihan kebakaran hendaklah dilakukan secara berkala untuk membiasakan diri penjual dan pengunjung bila menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran.

Kebakaran di Central Square Sungai Petani


TAFSIRAN LATIHAN KEBAKARAN

3 Jenis Latihan:-

1. Latihan Pengungsian / Evacuation Drill –
Latihan yang hanya melibatkan PKK dan keseluruhan pekerja sahaja bagi proses pengosongan bangunan. JBPM hanya di lantik sebagai pemerhati.

2. Latihan Kebakaran / Fire Drill –
Latihan yang melibatkan semua pekerja dan PKK bagi proses pengosongan bangunan, mempunyai senario kejadian serta melibatkan JBPM bagi proses pemadaman dan penyelamatan. JBPM juga terlibat sebagai pemerhati (observer).

3. Latihan Bersama / Mock Drill –
Latihan yang melibatkan semua pekerja dan PKK bagi proses pengosongan bangunan, mempunyai senario kejadian serta melibatkan agensi lain seperti JBPM, Polis dan Hospital serta lain-lain agensi sokongan bagi proses pemadaman dan penyelamatan. JBPM juga terlibat sebagai pemerhati (observer), pengadil beserta pemerhati dalaman dan luaran.

Kebakaran di Central Square Sungai Petani

Kebakaran di Central Square Sungai Petani

Kebakaran di Central Square Sungai Petani


0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.