Sinopsis Drama MAID
Drama ini bermula dengan Noorul yang berkeja sebagai pembantu rumah di sebuah penthouse seorang lelaki kacak, Harris Tan Sri Hamdan. Harris lakonan oleh Zul Ariffin yang sangat cerewet sehinggakan beliau digelar sebagai Mr. F (fussy) oleh Noorul. Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi penganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk menjadi orang gaji.Harris seorang yang suka mengarah. Dia mengarah Noorul dengan meninggalkan nota di setiap ceruk rumahnya dan suka menengking. Harris juga suka menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani. Ini merupakan masalah besar buat Noorul kerana dia tidak tahu masak. Oleh itu dia menghadiri kelas masakan dengan Chef Aidil. Setelah lama berkerja dengan Harris, Noorul dalam diam mula jatuh hati terhadap majikannya.
Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Ataupun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Harris melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Harris? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Harris pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
Lagu OST Drama MAID
Lagu tema untuk drama Maid ini dinyanyikan oleh pelakon utamanya sendiri iaitu Ayda Jebat. Lagu yang diberi judul 'Siapa Diriku'. Hasil ciptaan Omar K. di mana lagu ini gunakan rentak pop rancak ini berkisar tentang kerenah manusia yang suka menghakimi individu lain. Video klip masih belum ada. Di bawah hanyalah video yang dicipta oleh peminat-peminat mereka.Lirik OST MAID
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Aku bukan primadona
Aku bukan juga diva
Aku..aku..
Aku bukanlah superstar
Sampai nak mengada-ngada
Tunggu..Jangan cepat nak label ku
Biarkan berkata-kata apa sahaja
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Kau cuba jatuhkan ku
Tinggalkan aku seribu batu
Aku.. masih harapanmu
Biarkan berkata-kata apa sahaja
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Jangan kau main kata
Tanpa usul periksa
Hanya manusia biasa
Kita tak sempurna
Hati-hati dengar sini
Jaga diri jaga hati
Sayang cinta rindu
Kau kata I love you
Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Siapa diriku
Boleh didengar di SPOTIFY
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.