Cina Muslim Mohon Kerja Jawatan Kerani Ditolak Hanya Sebab Tak Boleh Makan Babi

Ini mungkin antara syarat permohonan kerja paling tidak masuk dek akal dan melampau pernah dicipta oleh syarikat Gumtree dari Singapura.

Seorang wanita Cina Muslim, Ms Heidi Heng yang merupakan warga Singapura terkejut apabila diajukan soalan mengenai pemakanannya semasa ditemu bual bersama wakil syarikat menerusi WhatsApps mengenai pemohonan jawatan kerani.
“Awak tak makan babi kan?” tulis wakil syarikat tersebut.
permohonan kerja ditolak


Difahamkan, ‘syarat merepek’ itu dikenakan kerana syarikat berkenaan sering mengadakan majlis-majlis tertentu dan boleh mendatangkan kesulitan jika ada pekerja yang tidak boleh menjamah makanan tidak halal.

Kecewa dengan hal itu, wanita yang dikenali sebagai Heidi Heng memuat naik perbualan WhatsApps di laman Facebooknya sekali gus menjadi viral di media sosial.

"Saya berasa sedih ada juga syarikat begini di Singapura. Apa kaitan makanan dengan kerja? Saya maksudkan makanan adalah makanan dan kerja adalah kerja. Saya boleh makan makanan halal saya dan awak boleh makan makanan tak halal awak. Tapi saya boleh pilih untuk pergi majlis syarikat atau pun tak kan? Hal ini kelihatan begitu menyedihkan. Tapi, tak mengapa tak mahu saya bekerja dengan kamu. Saya hanya mohon kerja kerani biasa tapi berakhir dengan jawapan yang agak perkauman."

Bukan itu sahaja, pada awalnya wakil syarikat terbabit jelas menunjukkan sifat perkauman dan seolah-olah anti kepada Islam apabila menolak permohonan Heidi kerana menyangka wanita itu bukan berbangsa Cina hanya kerana dia memakai tudung.

Senang cerita, disebabkan Heidi beragama Islam dan haram memakan babi, dia dilayan sebegitu rupa.

Syarikat tersebut sekaligus menerima kecaman dan kritikan ramai yang tidak bersetuju dengan amalan dan syarat yang tidak relevan itu.

1 comment... add one now

AnonymousAnonymous July 03, 2015
semoga singapura lenyap dari muka bumi ini

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.