Viral Kisah Makcik Menangis di Jambatan Pulau Pinang

Viral Kisah Makcik Menangis di Jambatan Pulau Pinang - Satu kisah yang dikongsi oleh laman Facebook PenangKini mengenai seorang makcik yang menangis di Jambatan Pulau Pinang menjadi viral di media sosial.

Viral Kisah Makcik Menangis di Jambatan Pulau Pinang


Perkongsian tersebut mengisahkan seorang wanita yang berhenti di bahu jalan di atas Jambatan Pulau Pinang untuk memeriksa bonet hadapan kereta Saganya dan terkejut apabila mendapati bau hangit yang datang dari keretanya adalah berasal dari kucingnya yang tersangkut di bahagian enjin kenderaan.

Ikuti kisah penuh perkongsian tersebut :

Cerita otw balik keja td. Nmpk keta saga ni stop dkt tempat emergency Penang Bridge dan ownernya sorang makcik melayu tgh nangis.Aku tanya la kenapa kot2 blh tolong. Makcik ni ckp meter radiator keta dia panas melampau dan bila stop buka bonet depan bru sedar kucing belaan dia sangkut dlm enjin keta. Dah mati dimasak enjin pnas. Bau kuat sgt, daging dan bulu kucing hangit.Kucing ni nk ikut dia dari rumah lg tp dia tak bg. Lps tu hilang dia igt xdak dh la. Rupanya kucing ni nk ikut jgk dan cuba nk masuk dlm keta ikut bawah enjin last2 sangkut. Menangis teruk makcik ni. Dh la ni kucing betina masih menyusu anak kecik.Mesti seksa kucing ni nk mati td.. Hmmm tak boleh bayangkan..

Viral Kisah Makcik Menangis di Jambatan Pulau Pinang


Rata-rata pengguna media sosial berkongsi kesedihan wanita tersebut dan meminta agar pengguna-pengguna kenderaan lain lebih berhati-hati agar perkara yang sama tidak berulang.

Sehingga kini, kisah tersebut telah mendapat lebih dari 100 perkongsian di Facebook PenangKini

1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas June 15, 2015
Kesian, apatah lagi kalau kucing kesayangan..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.