Kerajaan Takkan Umum Awal Harga MInyak Untuk Elakkan Orang Ramai Berpusu-pusu Mengisi Minyak

Kerajaan Takkan Umum Awal Harga MInyak Untuk Elakkan Orang Ramai Berpusu-pusu Mengisi Minyak - Kerajaan tidak akan lagi membuat pengumuman awal mengenai harga baru petrol dan diesel setiap bulan.

Kata Menteri Perdagangan Dalam Ngeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata mulai sekarang orang ramai akan tahu turun naik harga minyak pada tengah malam.

"Kami memutuskan untuk menghentikan amalan sebelum ini iaitu mengumumkan harga baharu pada hari terakhir setiap bulan.

harga minyak naik, harga minyak takkan diumum setiap akhir bulan, harga minyak malaysia mahal

"Mulai sekarang, pemilik kenderaan hanya akan tahu sama ada harga akan naik atau turun atau dikekalkan pada tengah malam," katanya memetik laporan mStar Online.

Pada bulan lalu, pengumuman harga terbaru minyak dibuat melalui laman web KPDNKK.

Sebelum ini, kerajaan telah menggunakan satu mekanisme baru yang menentukan naik turun harga minyak di Malaysia berdasarkan harga pasaran dunia.

Dalam pada itu, Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) menyokong tindakan tersebut.

Presidennya, Datuk Hashim Othman memetik laporan MalaysiaKini berkata pengumuman awal kenaikan harga minyak yang digunakan sebelum ini menggangu kelancaran operasi stesen minyak.

Menurut Hashim, orang ramai akan berpusu-pusu mengisi minyak jika harga minyak naik sehingga stesen minyak terputus bekalan.

Hashim turut menyatakan dek kerana pengumuman awal yang diguna pakai sebelum ini, pengendali stesen minyak dituduh menyorokkan stok untuk menjual dengan harga baru yang lebih mahal

0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.