Video Rompakan Di Cyber Cafe di Kulim, Kedah

Video Rompakan Di Cyber Cafe di Kulim, Kedah - Sebuah Cyber Cafe didatangi seorang individu bersenjatakan parang merompak kaunter Cyber Cafe tersebut.

Dalam kejadian pada 3 Februari 2015, di Lembah Impiana, Kulim, Kedah, suspek yang berbangsa India, 30an itu telah mengambil sejumlah wang lebih kurang RM40 selain telefon bimbit.

Video Rompakan Di Cyber Cafe di Kulim, Kedah

Menurut mangsa, suspek seperti tidak berpuas hati dan menariknya keluar dari kaunter. Mangsa bagaimanapun cuba mempertahankan diri dan berlaku satu pergelutan.

Mangsa mengalami kecederaan yang serius di bahagian tangan kiri dan ibu jari tangan sehingga hampir terputus selain kecederaan pada tangan kanan.

Diharap kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh memaklumkan kepada pihak polis.



Sumber-Siakapkeli

1 comment... add one now

HAMIDIsP HAMIDIsP February 12, 2015
Menakutkan. Sepatutnya setiapa pekerja diberikan senjata seperti belantan untuk mempertahankan diri..

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.