Indonesia Tuntut Hak Milik Popia Menjadi Warisan Mereka, Popia ada dibanyak negara, bukan hanya di Indonesia, Popia bukan warisan Malaysia - Assalamualaikum, sekumpulan aktivis di Indonesia yang menuntut agar Malaysia tidak menjadikan kuih popia sebagai makanan warisan negara ini perlu menyedari bahawa makanan tersebut bukan sekadar wujud di republik itu.
Sebaliknya, popia merupakan makanan kegemaran rakyat di pelbagai negara termasuk China, Thailand dan Vietnam sekali gus menunjukkan ia adalah warisan budaya rentas sempadan terutama di rantau Asia.
Cef selebriti, Datuk Ismail Ahmad atau dikenali sebagai Cef Ismail berkata, tuntutan segelintir masyarakat Indonesia yang mendakwa popia adalah berasal dari negara mereka adalah tidak masuk akal.
“Setiap popia berbeza mengikut negara, masyarakat dan budaya berdasarkan bentuk intinya, lapisan luar makanan tersebut dan cara memakannya tetapi kenapa hanya Malaysia menjadi sasaran kumpulan aktivis terbabit, sedangkan di negara lain juga wujud kuih popia.
“Rakyat China misalnya lebih gemarkan popia berintikan sayur dan tidak digoreng manakala masyarakat India Muslim pula suka makan popia bersama sos kacang dan kita orang Melayu suka popia goreng atau basah
-----------------
Selepas mendakwa Malaysia telah mencuri beberapa produk kebudayaan serumpun seperti batik, rendang, tarian Ngajat, lagu Rasa Sayang dan wayang kulit, pihak Indonesia kini menuntut supaya kerajaan Malaysia tidak menjadikan kuih popia sebagai masakan warisan negara ini.
Tuntutan tersebut dilakukan oleh sekumpulan aktivis dari Indonesia yang dikenali sebagai Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) yang mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memaklumkan kejadian tersebut menerusi melalui Twitter dan Facebooknya dengan memuatkan beberapa keping gambar dan pautan daripada portal berita dari Indonesia, skalanews.com mengenai kejadian yang melibatkan puluhan aktivis dari pertubuhan tersebut.
Memetik kenyataan daripada portal itu, Penyelaras Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo berkata, popia atau lumpia merupakan makanan khusus dari Semarang.
“Formasbudi mengambil langkah ini supaya nanti popia Semarang tidak didakwa sebagai milik negara Malaysia. Pada 17 Oktober 2014, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan telah menetapkan Lumpia Semarang sebagai warisan budaya nasional,” katanya.
Rahmulyo mendakwa, Lumpia diasaskan oleh Tjoa Thay Joe, seorang lelaki keturunan Cina yang menetap di Semarang, yang kemudian telah bernikah dengan seorang wanita tempatan bernama Mbok Wasi pada tahun 1870.