Al Fatihah! Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia Jam 9.40 Malam

Al Fatihah! Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia Jam 9.40 Malam, Biodata TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT- Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, di sini, kira-kira jam 9.40 malam tadi. Bekas Menteri Besar Kelantan itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira satu jam sebaik tiba di rumahnya, selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Meninggalnya beliau di malam Jumaat. Moga Allah rahmati rohnya di kalangan yang beramal soleh di syurga Firdaus.

Suasana di depan kediaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebentar tadi. Moga semua redha dengan pemergian ini. Doakan beliau ditempatkan di syurga Firdausi.

Al Fatihah! Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia Jam 9.40 Malam, Biodata TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Al Fatihah! Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia Jam 9.40 Malam, Biodata TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Al Fatihah! Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia Jam 9.40 Malam, Biodata TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Al Fatihah! Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia Jam 9.40 Malam, Biodata TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT


Biodata

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Tahun Lahir: 10 Januari 1931

Tempat Lahir: Pulau Melaka, Kelantan

Status:

Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:

Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) - 1936.

Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.

Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.

Universiti Deobond, India - 1952.

Lahore, Pakistan - Ilmu Tafsir Quran - 1957.

Universiti Al-Azhar, Mesir - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.

Universiti Al-Azhar, Mesir - Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:

Melayu, Inggeris, Tamil, Urdu, Arab

Pekerjaan:

Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.

Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.

Penyelia Kelas Dewasa - KEMAS.

Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:

1967 - Daftar sebagai ahli PAS.

1967-1969 -Pilihanraya Kecil - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.

1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.

1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).

1978-1982 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

1986-1990 - Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.

1990-2013 - Menteri Besar Kelantan.

4 comments.. read them below or add one

abuya abuya February 13, 2015
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji'uun... rehatlah tol guru di negeri abadi...
AnonymousAnonymous February 13, 2015
Semoga Allah Yang Maha Esa mengampuni semua dosa Tuan Guru Nik Aziz dan merahmati, melindungi dan menempatkan beliau di kalangan ahli syurga. Sesungguhnya kami semua mencintainya sebagai pewaris nabi yang berakhlak mulia dan terpuji dan gigih berdakwah siang dan malam untuk menegakkan ajaran Islam. Wahai Allah Yang Maha Mengasihani ampunilah beliau dan kami semua dan bimbinglah kami ke jalan Mu yang lurus. Amin.
AnonymousAnonymous February 13, 2015
Ak menangis xberenti lg utk tuan guru kesayangan ak......~ ya Allah....

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.