Punca Guru Bocorkan Soalan UPSR - Kebocoran soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagaimana didakwa oleh seorang guru berasa ia dibuat oleh rakan seprofesion bagi ‘mengajar’ Kementerian Pendidikan. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul berkata, perbuatan itu mungkin dilakukan sebagai protes berikutan sistem pendidikan sedia ada membebankan guru dan ‘mengarut’.
“Mungkin ini jalan untuk sedarkan menteri agar menghentikan segala sistem mengarut yang membebankan guru.
“Guru diberi tekanan prestasi pelajar dan sekolah untuk kejar prestasi dan gred yang ditetapkan oleh pihak kementerian,” katanya pada perbualan di Facebook.
Cikgu Nurul enggan mendedahkan identitinya lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pandangannya yang tidak sehaluan dengan kementerian.
Apa pendapat korang? Cuba luahkan di ruangan komen di bawah. Nak guna nama Anonymous pon boleh..
Apa pendapat korang? Cuba luahkan di ruangan komen di bawah. Nak guna nama Anonymous pon boleh..
Ulasan penulis : Wahai guru, jika engkau marah KPM sekalipun, jangan la sabotaj sehingga menyusahkan pelajar.. kesian diorang ..terpaksa ulang ambil apper yang terpaksa diulang..dah la diorang tu baru umur 12 tahun..masa untuk diorang bermain eblum lagi tamat..nanti dah tingkatan 1 masuk asrama mula tinggalkan rakan2..bila jarang berjumpa mula lah ikatan persahabatan menjadi renggang..nak jumpa pun ada yang malu..Mengikut pendapat saya, saya lihat sejak sistem PBS wujud, kerja guru semakin bertambah lebih seratus peratus walaupun sebelumnya kerja guru itu sudah dilambak dengan kena kutip yuran itu ini, setiap minggu kena juga pergi sekolah dan cuti sekolah pun kena jugak pergi .. Guru kini terpaksa isi markah sama ada secara online atau offline dengan lebih banyak.. Dah la website isi markah pun slow..sekian..malas nak komen banyak2..saya bukan seorang guru..cuma berdasarkan pemerhatian saya..