Anak Kecil 1 Tahun Menerima Empat Jahitan Akibat Digigit Bapa | Lelaki Gigit Pipi Anak Kecil Hingga Cedera Parah - Assalamualaikum, kini, polis memburu seorang lelaki berusia lewat 20-an kerana ‘menggigit’ pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya.
Pada jam 11 malam, perbuatan bapanya menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.
Menurut sumber, wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang dan menyebabkan pertengkaran berlaku selama 30 minit.
“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.
Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.