Wajarkah Tindakan Kerajaan Menutup Facebook Untuk Rakyat Malaysia? - Assalamualaikum, Facebook digunakan dari pelbagai golongan dari budak kecil (mengikut facebook umur 13 paling muda boleh daftar, tapi ramai jer yang bawah umur daftar) , remaja, orang dewasa serta orang tua. Kerajaan ingin tutup Facebook atas alasan ramai melakukan penyalahgunaan di laman FB seperti menghina Agong yang baru saja berlaku. Ramai yang tak setuju. Tetapi, sebenarnya ini hanyalah cadangan yang mungkin akan dipertimbangan oleh kerajaan.
Berdasarkan rekod statistik dari internetworldstats.com, jumlah akaun pengguna FB di Malaysia adalah hampir 15 juta. Satu jumlah yang agak besar dimana juga hampir 50% daripada rakyat Malaysia (total rakyat Malaysia dalam 30 juta) mempunyai FB. Oleh itu, Facebook adalah media sosial yang paling popular di Malaysia.
Jika ditanya kita samada wajar atau tidak FB ditutup untuk apa-apa sebab sekalipun, jawapan saya pasti tidak walaupun sebenanya bukanlah pengguna tegar FB. Jadi mungkin pendapat kita agak kurang adil. Apapun setiap tindakan yang bakal diambil perlu dikaji dari segi kelebihan dan kekurangan dia dan bukan berdasarkan denndam dan emosi.
Kalau kita lihat sekarnag ni, antara argument yang agak popular adalah FB ada kaitan dengan yahudi. So kalau kita boleh boikot produk yang lain kenapa tidak FB. Hmm...
Dari sudut positifnya pula, FB ni sebenarnya tak dinafikan banyak memberi manafaat kepada penggunanya. Antaranya merapatkan silatulrahim antara keluarga serta rakan rakan-rakan. Laman perkongsian ini juga terbukti antara medium perkongsian ilmu yang popular. Banyak ilmu mahupun isu-isu semasa yang dikongsi dan dibincangkan di sini dan banyak memberi manfaat kepada ramai pengguna. Dari yang sekecil-kecil hinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Selain itu, ramai peniaga yang membuat bisnes secara online melalui FB. Jadi, bila tertutupnya FB, maka akan berkuranglah mata pencarian mereka. Kena la start dari awal balik.
Contoh bisnes besar2 yang ada dalam facebook. (Teringin nak jual tudung?Klik gambar dia atas..) |
Dari sudut negatifnya, FB juga selalu disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan juga perkara-perkara yang kurang enak. Namun, dari segi jumlah kelompok yang sering menyalahgunakan FB belum mencapai tahap serius. Berdasarkan laporan, hanya 2000 laporan penyalahgunaan FB yang diterima setakat ini.
Yang terakhirnya, jika betul Facebook mahu ditutup jugak, kita terpaksa mencari alternatif seperti Ummaland . Website ni baru ditubuhkan sejak isu Gaza mula panas beberapa minggu lepas.