Jika Bukan Kerana Polis Tersebut Suruh Pemandu Tersebut Berhenti, Mungkin Beliau Sudah Menemui Ajal

Jika Bukan Kerana Polis Tersebut Suruh Pemandu Tersebut Berhenti, Mungkin Beliau Sudah Menemui Ajal - Bermula dengan seorang pegawai polis Jason Gates minta seorang pemandu perempuan berhentikan kereta yang di pandunya kerana di dapati telah melanggar lampu isyarat. Lokasi kejadian berlaku di Kalamazoo, Michigan,  Setelah kereta tersebut berhenti, Gates mendapati bahawa pemandu wanita tersebut tidak dapat menjawab soalan beliau malah sedang dalam keadaan yang serius.



Gates sedar pemandu itu mengalami kesesakan nafas yang teruk lantas Gates cuba memberi bantuan dengan menepuk belakang berharap agar dapat melegakannya, namun ianya tidak memberi sebarang kesan. Tanpa melengahkan masa, Gates menyuruh pemandu tersebut keluar dari kereta dengan kadar segera dan Gates cuba mengeluarkan benda yang tersekat yang membuatkan pemandu tersebut mengalami kesesakan pernafasan.

Dalam beberapa saat, semuanya kembali normal, pemandu tersebut sangat berterima kasih kepada Gates, pegawai yang sedang bertugas.


0 comment... add one now

Anda sangat dialu-alukan untuk komen di blog ini.