ISRAEL DAKWA PEJUANG HAMAS DIBERI LATIHAN DI MALAYSIA | MALAYSIA KINI POPULAR DI ISRAEL
KUALA LUMPUR - Seorang pejuang Hamas yang telah berjaya ditangkap oleh askar israel dikatakan telah mendapat latihan serangan 'cross border' dengan menggunakan 'powered parachute(Payung Terjun)' di Malaysia.
Menurut laporan yang dipetik dari Jerusalem Post itu, latihan tersebut dijalankan sebagai sebahagian daripada persediaan Hamas menentang IDF, kata Agensi Keselamatan di Israel.
Pejuang Hamas tersebut, Izzadin Kassim,, yang kini dalam tahanan itu dikatakan telah menyertai Hamas pada 2007 dan telah menyertai latihan di Malaysia pada 2012.
___________________________________________________
SHAH ALAM - Selepas pertempuran memasuki hari ke-24 semalam, nama Malaysia tiba-tiba muncul di akhbar-akhbar utama dan portal berita di Israel.
Akhbar Jerusalem Post dan Haaretz meletakkan berita ‘Anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan’ di muka hadapan manakala stesen televisyen digital Israel i24news menyenaraikan berita itu sebagai berita utama.
Kesemua akhbar berkenaan melaporkan, Shin Bet menuduh unit komando Hamas menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel dari Malaysia.
Susulan berita itu, jutaan komen diterima dari seluruh dunia hingga wujud perang siber.
Hamas dalam satu kenyataan menyelar berita berkenaan dan menganggap Israel melakukan penipu besar kerana Malaysia sentiasa berdiri kukuh bersama penduduk Palestin.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap laporan itu berniat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia..
Alasan tersebut membolehkan suatu hari nanti Israel menyerang Malaysia mungkin dengan pengkalannya di Singapura. Sebab sekarang Malaysia sendiri mengakui terdapat pengganas dari Malaysia berperang di Syria dan Iraq...................